Connect with us

Berita Lain

RCI Forex BNM Serah Laporan Kepada Agong Hari Ini


SURUHANJAYA Siasatan Diraja (RCI) yang bersidang untuk
menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) akan
mempersembahkan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong esok (hari ini).
Setiausaha RCI Datuk Dr Yusof Ismail dalam notis yang
dikeluarkan hari ini (semalam) berkata pengerusi suruhanjaya Tan Sri Mohd Sidek
Hassan akan menghadap Seri Paduka di Istana Negara di antara pukul 5 petang dan
6 petang.
Pada 15 Julai tahun ini, Yang di-Pertuan Agong
memperkenankan penubuhan RCI untuk menyiasat kerugian dialami Bank Negara
Malaysia dalam urus niaga mata wang asing pada 1990-an mengikut Akta
Suruhanjaya Siasatan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Panel lima anggota RCI diketuai Mohd Sidek telah bersidang
selama lapan hari dari 21 Ogos dan berakhir pada 19 Sept selepas memanggil 25
saksi.
Antara saksi berkenaan ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,
bekas Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, bekas Penasihat BNM Tan Sri Nor
Mohamed Yakcop dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.
Antara lima bidang rujukan suruhanjaya itu adalah :-
*Untuk menentukan sama ada urus niaga mata wang asing Bank
Negara, yang mengalami kerugian, telah melanggar peruntukan Ordinan Bank Pusat
1958 atau mana-mana undang-undang lain yang berkenaan.
*Untuk menentukan sama ada terdapat unsur sengaja
menyembunyikan fakta dan maklumat serta penyata mengelirukan yang dikemukakan
kepada Kabinet, Parlimen dan orang ramai berhubung kerugian dialami Bank Negara
disebabkan urus niaga mata wang asing itu.
*Untuk mengesyorkan tindakan sewajarnya yang perlu diambil
terhadap pihak yang terlibat secara langsung dan/atau tidak langsung sekiranya
mereka didapati menyebabkan Bank Negara mengalami kerugian itu dan
menyembunyikan fakta serta maklumat mengenai kerugian yang dimaksudkan.
*Untuk mengesyorkan tindakan yang patut diambil bagi
memastikan perkara serupa tidak berulang.
Selain Mohd Sidek, yang juga pengerusi Petronas, anggota
lain suruhanjaya itu ialah Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said, Ketua
Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Seri Tajuddin Atan, pengerusi bersama
Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) Tan Sri Saw Choo Boon dan
anggota Institut Akauntan Malaysia K. Puspanathan.
Esok ( hari ini ) adalah tarikh akhir untuk suruhanjaya
mempersembahkan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong.
— Barisan Nasional

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel