Connect with us

Berita Lain

Rosmah Serlah Kejayaan Malaysia Tangani Jenayah Seksual Kanak-Kanak

Datin Seri Rosmah Mansor berkata Malaysia telah mencapai banyak kejayaan dalam menangani jenayah seksual ke atas kanak-kanak. – Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah
Mansor berkongsi pengalaman Malaysia dalam menangani secara langsung jenayah
seksual ke atas kanak-kanak pada mesyuarat antarabangsa anjuran Pertubuhan
Bangsa Bersatu (PBB) di New York.
Beliau berkata Malaysia telah mencapai banyak kejayaan dalam
usaha itu dalam tempoh yang agak singkat yang mencerminkan keperluan segera
untuk mengakhiri penderaan, eksploitasi, pemerdagangan dan segala bentuk
keganasan dan penyeksaan terhadap kanak-kanak.
“Masalah-masalah ini adalah nyata dan berleluasa di
semua negara. Kita perlu menanganinya sekarang sebelum ia bertambah
meruncing,”kata beliau dalam ucapan melalui rakaman video pada Mesyuarat
Peringkat Tinggi untuk Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan untuk Kanak-kanak: Tindakan
Kolektif dan Penyelesaian Inovatif.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dalam usaha memerangi jenayah itu di Malaysia, beliau
berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ogos 2016 telah
mengambil tindakan tegas menubuhkan satu pasukan petugas untuk mengkaji semua
isu berkaitan jenayah seksual ke atas kanak-kanak.
“Melalui komitmen politik penuh di peringkat tinggi,
dalam masa enam bulan, Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap
Kanak-kanak telah digubal dan dibentangkan di Parlimen pada Mac 2017,”
kata Rosmah.
Beliau berkata melalui sokongan besar daripada masyarakat,
rang undang-undang itu diluluskan dengan sebulat suara dan Akta
Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 berkuatkuasa pada 10
Julai tahun ini.
Rosmah berkata kesungguhan usaha kerajaan Malaysia untuk
menangani masalah itu juga terserlah melalui pelancaran Mahkamah Khas Jenayah
Seksual Kanak-kanak pada Jun 2017 bagi memastikan kes-kes diselesaikan dengan
efektif dalam masa 12 bulan.
“Saya percaya ia adalah mahkamah pertama seumpamanya di Asia
Tenggara. Di bawah pengendalian hakim yang cukup berpengalaman… 248 daripada
293 kes yang didaftarkan atau 84.6 peratus telah diselesaikan dalam masa tiga
bulan. Kerajaan bercadang untuk memperluaskan mahkamah khas ini ke
negeri-negeri lain di negara ini,” kata beliau.
Rosmah berkata, perhatian khas juga diberikan bagi
memastikan mangsa dan keluarga mereka tidak mengalami trauma fizikal, emosi dan
psikologi yang teruk, serta mengatasi budaya kerja silo dan sistem kerja yang
lapuk.
Justeru, Rosmah berkata jawatankuasa khas diketuai oleh
menteri yang bertanggungjawab untuk undang-undang telah ditubuhkan untuk
merangka prosedur operasi standard (SOP) yang terperinci dan komprehensif dalam
menangani kes-kes secara profesional dan bijak.
Kehadiran Ratu Silvia, Sweden selaku pengasas World
Childhood Foundation menyerikan lagi majlis itu. Baginda telah menjemput
Rosmah, yang juga penaung Program Permata untuk menghadiri majlis tersebut.
Rosmah memberitahu mesyuarat bahawa rancangan sedang
dijalankan untuk memperkenalkan program bagi meningkatkan kecekapan dan
kepakaran para hakim, pendakwa, pengamal undang-undang, kaunselor, polis,
pekerja sosial dan profesional kesihatan.
Satu lagi inisiatif yang diambil ialah untuk melatih
jurubahasa bahasa isyarat untuk membantu kanak-kanak dengan keperluan khas
untuk memberi keterangan berhubung dengan penderaan seksual.
Rosmah berkata Malaysia sedang mengkaji kemungkinan untuk
menubuhkan sebuah Suruhanjaya Kanak-kanak dan menjadi pihak berkepentingan
kepada Council of Europe Lanzarote Convention yang memperuntukkan supaya
pendakwaan jenayah dikenakan ke atas semua bentuk kesalahan seksual terhadap
kanak-kanak.
Kerana menyedari eksploitasi dan kesalahan seksual dan
lain-lain bentuk keganasan terhadap lanak-kanak tidak mengenal sempadan, beliau
berkata Malaysia mencadangkan satu seminar peringkat ASEAN mengenai perkara ini
yang akan dihoskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
pada 2018.
Rosmah seterusnya berkata seminar mengenai “Keeping our
Women and Children CyberSAFE” akan diadakan pada 22 Okt oleh Majlis
Kebangsaan Wanita dan CyberSecurity Malaysia.
“Lebih banyak tumpuan diberikan kepada pendidikan ibu
bapa kerana keselamatan kanak-kanak pada dasarnya adalah tanggungjawab
mereka,” kata Rosmah.
Menurut seorang daripada wakil Malaysia ke mesyuarat
peringkat tinggi itu, Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin,
ucapan Rosmah telah diterima dengan baik dan kebanyakan delegasi mengucapkan
tahniah kepada Malaysia atas kejayaan itu dalam masa yang singkat.
Dr Sharifah Hapsah berkata Ratu Silvia meminta beliau untuk
menyampaikan kekaguman baginda kepada Rosmah atas kejayaan besar Malaysia dalam
usaha menangani kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. 
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel