Connect with us

Berita Lain

‘Saya Sujud Syukur Jika Tidak Dicalonkan’


ALOR SETAR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar akan
sujud syukur sekiranya tidak dicalonkan mewakili PAS pada Pilihan Raya Umum
ke-14.
Mahfuz yang sudah empat penggal menjadi Ahli Parlimen Pokok
Sena berkata, beliau dari awal-awal lagi memang bercadang untuk menolak menjadi
calon sekiranya ditawarkan PAS pusat.
Katanya, beliau tidak berhasrat untuk menjadi wakil kepada
parti yang tidak bercadang menjadi kerajaan, sebaliknya hanya mahu menang 40
kerusi sahaja.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya sujud syukur kalau tak dicalonkan dan jika
ditawarkan sekalipun, saya akan menolak namun, saya masih kekal dalam PAS
sehingga kini.
“Saya ingin menghantar mesej kepada semua ahli PAS
bahawa tidak menjadi masalah jika menyokong Pakatan Harapan (PH) walau dalam
PAS kerana kita mahu perubahan kerajaan,” katanya ketika dihubungi, di
sini hari ini.
Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
mengesahkan bahawa Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tidak akan
diketengahkan sebagai calon mewakili parti itu dalam PRU akan datang berikutan
tindakannya yang cenderung menyokong PH.
Mohd Amar juga memberi amaran bahawa pemimpin lain yang
secara terbuka menentang PAS juga tidak akan dicalonkan lagi dalam PRU.
Di Kedah, selain Mahfuz, dua lagi pemimpin PAS iaitu Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit, Datuk Aminuddin Hamzah dan ADUN Kubang
Rotan, Mohd Nasir Mustaffa juga dilihat cenderung ke arah menyokong PH apabila
mereka menghadiri Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (PAN).
Mohd Nasir ketika dihubungi berkata, beliau hadir sebagai
tanda persahabatan namun hakikatnya beliau masih lagi ahli PAS.
“Saya masih ahli PAS namun, terdapat dua pertimbangan
saya menghadiri konvensyen itu ialah hubungan persahabatan yang lebih besar
daripada politik.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin
Syeikh Fakhrurazi, berkata kehadiran mereka berdua ke konvensyen terbabit atas
kapasiti sendiri, sekaligus tiada kaitan dengan PAS.
Bagaimanapun, beliau menyerahkan nasib dua ADUN terbabit
kepada PAS pusat sama ada mereka masih akan dicalonkan pada PRU akan datang
ataupun sebaliknya.
“Ia kuasa PAS pusat dan kita akur sekiranya pucuk
pimpinan tidak mahu calonkan mereka pada PRU akan datang,” katanya. 

— BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel