Connect with us

Berita Lain

‘Saya Tidak Sebut Nama Sultan Johor’


SHAH ALAM – Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Malaysia (Aswaja), Dr. Zamihan Mat Zin al-Ghari menafikan bahawa beliau
menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam ceramahnya.
Beliau juga menafikan sekeras-kerasnya bahawa ada menyebut
nama Sultan Johor ketika memberikan pandangannya dalam isu dobi Muslim, yang
hangat beberapa bulan lalu.
“Dalam rakaman video yang kononnya dijadikan rujukan
FMT, saya sama sekali tidak menyebut nama Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim
Sultan Iskandar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya juga tidak menggunakan perkataan yang kasar,
kesat atau sebarang elemen yang bersifat hasutan dalam ceramah berkenaan,”
katanya dalam satu kenyataan media.
Zamihan yang pernah membentang kertas kerja bertajuk
‘Ancaman Syiah’ pada persidangan Majlis Raja-Raja yang ke-323 berkata, beliau
amat menghormati semua Sultan dan Raja di Malaysia, dan menganggap Sultan
Ibrahim sebagai seorang yang berjiwa rakyat.
Sementara itu, beliau menyelar beberapa portal dan akhbar
tempatan kerana dilihat cuba menyerangnya secara peribadi serta memburukkan
imejnya sebagai Presiden Aswaja.
“Saya percaya naratif itu sengaja ditimbulkan bagi
mencetuskan kebencian sesetengah pihak terhadap saya kerana saya seringkali
menegur sesetengah pihak dengan tegas dalam isu-isu agama.
“Oleh itu saya memberi tempoh selama tujuh hari untuk
menarik balik artikel dan tuduhan liar mereka dan mengemukakan permohonan maaf
kepada saya secara terbuka,” katanya.
Beliau berkata, jika gagal berbuat demikian pihaknya akan
mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnah tanpa prejudis.
Dalam pada itu, Zamihan menyatakan kesediaannya untuk
menghadap Sultan Johor pada bila-bila masa bagi menjelaskan perkara sebenar.
— Sinar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel