Connect with us

Berita Lain

‘Sedih Dituduh Cuba Gelap Wang’ – Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Mohd Zahid Mahmood berkata proses pembahagian wang sumbangan mengambil masa kerana jumlahnya besar – Foto: The Malaysian Insight

Kuala Lumpur: “Saya sedih apabila dituduh cuba menggelapkan
wang sumbangan diterima daripada orang ramai, padahal saya sudah melantik
juruaudit bertauliah bagi mengemaskini wang diterima,” ujar Pengetua Pusat
Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Mohd Zahid Mahmood.
Menurutnya, maklumat yang dilaporkan beberapa portal berita
itu tidak bertanggungjawab dan satu tuduhan jahat.
“Urusan mengenai wang sumbangan sudah diserahkan kepada
juruaudit dan ia mengambil masa sebelum pembahagian dilakukan kepada waris,”
katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, tidak timbul isu pihaknya cuba melambatkan proses
pembahagian dengan alasan mahu menyeleweng wang diterima berikutan pembahagian
hanya boleh dibuat selepas audit selesai dijalankan.
“Saya tak pasti bila audit akan selesai sebabnya bukan
bidang kerja kita. Cuma, apa yang boleh saya maklumkan adalah kami akan
berbincang mengenai peratusan pembahagian pula sebaik proses itu selesai.
“Hanya selepas itulah baru kami panggil semula waris untuk
proses pembahagian yang akan disaksikan peguam bagi mengelak sebarang isu
berbangkit,” katanya.
Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan seorang waris
mempersoalkan ke mana perginya wang derma orang ramai.
Dalam laporan itu, mereka mengadu masih belum menerima
sumbangan yang dikumpul dan menuntut Zahid memberi penjelasan.
Laporan itu turut menyebut seorang ibu mangsa kebakaran yang
tidak mahu dikenali menyatakan belum lagi menerima satu sen pun duit derma itu.
Menurut Mohd Zahid, proses audit ini mengambil masa kerana
sumbangan diterima dipecahkan kepada dua bentuk sumbangan.
Katanya, dua bentuk sumbangan itu membabitkan sumbangan
dikongsi antara pusat tahfiz dan waris, manakala satu lagi sumbangan pula
memang untuk waris, tetapi diserahkan kepada pihaknya.
“Bagi sumbangan yang dikongsi antara pusat tahfiz dan waris,
sepatutnya dibahagi sama rata. Tapi hasil perbincangan, sumbangan itu akan
dilebihkan kepada keluarga mangsa dan pusat tahfiz hanya mengambil sedikit bagi
pembangunan semula dan pengurusan.
“Sumbangan untuk mangsa tapi diserahkan kepada pihak kami
untuk uruskan pembahagian. Wang ini kita (pusat tahfiz) tak boleh ambil. Namun
sebelum diserahkan, jumlahnya juga perlu dikenal pasti dan dibahagi secara adil
kepada keluarga mangsa kerana membabitkan soal amanah,” katanya.
Mohd Zahid berkata, pihaknya berharap waris tragedi
kebakaran pada 14 September lalu yang mengorbankan 21 pelajar dan dua warden
bersabar serta berbincang dengan pihak pengurusan tahfiz terlebih dulu.
“Dalam perjumpaan bersama beberapa waris sebelum ini pun,
saya tegaskan ia mengambil masa kerana soal duit ini bukan boleh dibuat sambil
lewa kerana membabitkan proses perundangan berikutan jumlahnya besar dan
membabitkan banyak pihak,” katanya. – My Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel