Connect with us

Berita Lain

Selamat 6 Rakan Tahfiz, Adik Mohamad Farid Iskandar Terima Pingat Hang Tuah



BANGI: Wira cilik, Mohamad Farid
Iskandar Mohd Zulkarnain, 12, dianugerahkan Pingat Hang Tuah atas keberaniannya
menyelamatkan enam rakan dalam kebakaran asrama Maahad Tahfiz al-Quran
Wartabiyatul Islamiah, Baling, Kedah, Ogos lalu.

Anak sulung daripada dua beradik itu
menerima trofi, sijil dan wang tunai RM5,000 daripada Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Perasmian Bulan Kebajikan Negara
2017 di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) di sini, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya tak fikir apa dah masa tu,
saya terus masuk saja asrama untuk selamatkan nyawa kawan,” katanya.
Anugerah Pingat Hang Tuah
diperkenalkan pada 1960 diberikan kepada tokoh kanak-kanak negara berdasarkan
keberanian luar biasa mereka.
Dalam kejadian pada jam 1.50 pagi
pada 6 Ogos lalu, Mohamad Farid Iskandar terjaga daripada tidur dan melihat
kepulan asap dari bilik asrama tingkat tiga Maahad Tahfiz al-Quran Wartabiyatul
Islamiah.
Menyedari kebakaran itu, dia pantas
bangun mengejutkan enam rakan yang sedang lena dan segera menuruni tangga untuk
keluar dari situ.
Tanpa berfikir panjang, dia kemudian
mencapai baldi dan paip air, diikuti rakannya untuk memadam kebakaran, namun
gagal kerana api marak.
Dalam keadaan getir itu, Mohamad
Farid Iskandar dan rakan bergegas turun menyelamatkan diri, tetapi seorang
rakannya dikenali Hazwan jatuh tersungkur dan dia berpatah balik untuk memapah
rakan ke tempat selamat.
Mohamad Farid Iskandar berkata,
pengalaman ditempuhinya itu masih segar dalam ingatannya dan diharapkan dapat
menjadi contoh kepada kanak-kanak lain untuk mengambil tindakan sama dengan
segera menyelamatkan diri serta rakan apabila berlaku kecemasan seperti
kebakaran.
“Saya sendiri tidak tahu macam
mana boleh timbul rasa berani, saya rasa boleh saja sebab fikir untuk
selamatkan rakan dengan mengikut tangga belakang.

“Saya rasa seronok dengan
anugerah ini dan kawan lain juga tahu serta berkongsi perasaan sama,”
katanya yang ditemani ibunya Murni Hayati Abdul Ghani, 31. – BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel