Connect with us

Berita Lain

Selepas Ditahan SPRM, Shafie Apdal Masuk Hospital Akibat Darah Tinggi


KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan),
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) malam tadi, dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH)
kerana tekanan darah tinggi.
Memetik laporan sebuah protal berita, Setiausaha Agung
Warisan, Loretto J Padua, mengesahkan perkara itu.

”Mohd Shafie dibawa ke hospital itu pada kira-kira jam 11.30
malam tadi. Beliau dibawa ke QEH2 malam tadi bagi mendapatkan pemeriksaan
doktor dan didapati mengalami tekanan darah tinggi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sehingga pagi ini beliau masih di bawah pemerhatian
doktor di hospital tetapi keadaannya dilaporkan baik,” katanya.
Mohd Shafie ditahan SPRM pada jam 9 malam semalam selepas
dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Sabah berhubung siasatan
penyelewengan dana awam membabitkan projek luar bandar Kementerian Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), yang diterajuinya dari tahun 2009 hingga 2010.
Penahanannya semalam disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya
(Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki.
Beliau dijadualkan dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini,
selepas solat Jumaat hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman.



— Sinar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel