Connect with us

Berita Lain

Seleweng Dana 1.5 Bilion: 2 Bekas SU Shafie Apdal Bebas Reman

Dua bekas setiausaha kepada bekas menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dibebaskan dengan jaminan. – Foto: FMT

PUTRAJAYA – Dua bekas setiausaha kepada bekas menteri Datuk
Seri Mohd Shafie Apdal yang direman berhubung kes penyelewengan dana
pembangunan luar bandar Sabah dianggarkan bernilai RM1.5 bilion, dibebaskan
Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.
Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membenarkan kedua-dua
lelaki terbabit dibebaskan dengan jaminan tunai sebanyak RM15,000 setiap
seorang oleh seorang penjamin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Terdahulu, kedua-dua lelaki tersebut tiba di mahkamah pada
kira-kira pukul 9 pagi dalam keadaan tangan bergari dan berpakaian lokap
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga.
Kedua-dua individu tersebut berkhidmat ketika Mohd Shafie
menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Mereka sebelum ini direman bermula 20 Okt lepas berhubung
kes penyelewengan dana awam tersebut yang disalurkan menerusi Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Sabah antara 2009 hingga 2015.
Setakat ini, 13 individu ditahan oleh SPRM bagi membantu
siasatan kes tersebut termasuk Mohd Shafie yang juga anggota Parlimen Semporna.

– BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel