Connect with us

Berita Lain

Sengaja Tendang Muka Pengurus Kedai, Pemandu GrabCar Didenda RM1,500


KUALA LUMPUR, 11 Okt ― Akibat mencederakan seorang
pengurus kedai aiskrim dengan cara menendang muka, seorang pemandu GrabCar
didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhi hukuman itu
terhadap Muhammad Rafi Zaidi, 30, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan
dengan sengaja mendatangkan cedera kepada Muhammad Hazmi Rasyid Mohamad, 27,
dengan menendang muka lelaki itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat
beli-belah di Medan Syed Putra Utara, Brickfields di sini pada 5 petang, 21
April lepas, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman
penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara
tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Dia membayar denda itu.
Muhammad Rafi diwakili  peguam Zulkifli Awang manakala pendakwaan
dikendali Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin. ― Bernama 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel