Connect with us

Berita Lain

Sesak Teruk, Presiden Jokowi Terpaksa Berjalan 2 Kilometer Hadiri Perarakan Tentera


JAKARTA: Kesesakan trafik teruk di Indonesia menjadi tatapan
dunia, hari ini selepas Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo terpaksa berjalan kaki
dua kilometer di tengah panas untuk menghadiri perarakan tentera.
Negara yang dipalit skandal rasuah itu adalah antara lokasi
birokrasi paling tidak cekap di Asia dan kesesakan berlaku di kebanyakan bandar
besar republik itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kesesakan jalan raya yang teruk di negara itu digambarkan
apabila Jokowi terpaksa berjalan lebih dua kilometer untuk menghadiri upacara
menandakan ulang tahun ke-72 penubuhan tentera Indonesia.
Widodo dan pegawai kanan kerajaan terperangkap dalam
kesesakan ketika mendekati perarakan tentera di Cilegon, bandar raya terletak
kira-kira dua setengah jam pemanduan dari Istana Presiden di Jakarta.
“Selepas menunggu selama 30 minit, Presiden kemudian
memutuskan untuk berjalan kaki,” kata pengawal Jokowi, Ili Dasili, dalam
kenyataan.
Ketua polis negara, Tito Karnavian, yang juga terkandas
dalam kesesakan trafik menyertai Presiden.

Rakaman video menunjukkan presiden berjalan dengan pasukan
kakitangan keselamatan manakala orang ramai menjerit dan melaungkan namanya. –
AFP

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel