Connect with us

Berita Lain

Shahrir: Jangan Hapus GST, Fikir Cara Bantu Rakyat

Anggota parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Abdul Samad – Foto: Mole.my


KUALA LUMPUR, 30 Okt ― Tiada satu negara pun yang
melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) membatalkan sistem cukai
berkenaan, sekali gus membuktikan pelaksanaannya adalah relevan untuk
pembangunan ekonomi negara.
Anggota parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Abdul Samad
sebaliknya berkata tumpuan harus diberikan kepada soal bagaimana ia
dikembalikan kepada rakyat dan mengekalkan kadarnya pada yang sama dalam tempoh
tertentu berbanding menghapuskannya.
“Kalau pihak pembangkang nak mempertikaikan soal GST, soal
pulangan, soal angka-angka, malah dalam Bajet Alternatif mereka pun, mereka
tolak GST, tetapi bagaimana pula dengan 160 buah lagi negara yang kita anggap
politiknya lebih matang, tidak pula nak dibatalkan (GST).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Malah, pihak pembangkangnya pun tidak menjanjikan GST itu
dibatalkan, sebaliknya yang menjadi perbahasan bagaimana ia harus diagihkan dan
kadarnya dikekalkan,” katanya ketika menjadi tetamu program khas Bicara Bajet
2018 yang disiarkan di TV1 malam tadi.
Program dihoskan Datuk Dahlan Maamor itu, turut menjemput
anggota parlimen Bandar Tun Razak (Bebas) yang juga bekas menteri besar
Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan anggota parlimen Kelana Jaya dari PKR Wong
Chen bagi membincangkan Bajet 2018 dan Bajet Alternatif oleh Pakatan Harapan
yang dibentangkan baru-baru ini.
Shahrir berkata berbeza dengan negara lain, pengenalan GST
di negara ini disifatkan adil dan tidak membebankan apabila memberikan banyak
pengecualian kepada pelbagai barangan dan perkhidmatan tertentu.
Katanya, kerajaan juga menambahbaik GST apabila dalam Bajet
2018, antaranya mencadangkan pengecualian cukai bagi perkhidmatan oleh pihak
berkuasa tempatan (PBT).
“Ini menunjukkan GST yang dilaksanakan mengikut acuan negara
pada tahap pembangunan kita, dengan adanya banyak pengecualian, ia tidak
membebankan rakyat,” katanya.
Kenyataan tersebut disokong Khalid dengan menyifatkan
pelaksanaan GST adalah munasabah kerana ia juga dilaksanakan di lebih 100
negara lain, yang menganggap cukai kepenggunaan adalah teknik paling munasabah
untuk menambah pendapatan negara.
Beliau berkata ia dapat mengutip cukai secara menyeluruh
memandangkan cukai-cukai lain mempunyai pelbagai masalah dari segi pengutipan
dan hanya sebilangannya sahaja yang layak membayarnya.
“Umpamanya di Indonesia, walaupun ini bukanlah contoh yang
baik, di sana daripada 260 juta rakyat, hanya 20 peratus bayar cukai
pendapatan, jadi banyak kurang di situ.
“Jadi serupa juga di Malaysia, terdapat syarikat yang elak
bayar cukai, jadi mekanisme yang sesuai ialah melaksanakan GST,” katanya.
Khalid, bagaimanapun berkata pelaksanaan GST di negara ini
dilihat mengurangkan kadar cukai pendapatan apabila kerajaan menawarkan
pelbagai kelebihan terutama untuk golongan pertengahan dan bawahan.
“Walaupun ramai kata GST ini salah, tidak adil pada yang
miskin, sebenarnya yang kaya membayar lebih kerana mereka lebih membeli dan
menggunakan perkhidmatan, manakala yang miskin, kerajaan kena aturkan kebajikan
mereka ini apa boleh dikembalikan pada mereka ini melalui kutipan GST, jadi
pada saya GST ini tidak perlu lagi dibincangkan kecuali bagaimana duit itu
(kutipan) digunakan sebaiknya,” katanya.
Wong pula membangkitkan cadangan bajet pakatan pembangkang
yang mahu mengembalikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dengan menyifatkan
cukai itu tidak akan membebankan rakyat apabila mengunjurkan kutipan cukai itu
pada RM17 bilion, berbanding RM43 bilion di bawah GST.
“Saya tidak setuju SST lebih teruk, kerana mengikut data GST
akan mengambil RM43 billion hasil tahun depan, SST paling-paling tinggi pun
RM17 billion sahaja, kita lihat sejak GST diperkenal tiada pun turunkan
potongan cukai pendapatan lain,” katanya.
Kenyataan Wong itu ditempelak Khalid dengan menyatakan
dengan SST, ramai peniaga yang mengelak membayar cukai dan dengan pengenalan
GST, sistem tersebut membolehkan cukai dikutip dengan lebih telus dan hasilnya
dikembalikan kepada rakyat.
Shahrir pula berkata SST lebih rumit selain kerajaan akan
menambah baik sistem pelaksanaan GST dari semasa ke semasa sehingga ia berjaya
mengurangkan kadar cukai pendapatan rakyat negara ini.
“Kita yakin kerajaan akan pastikan bagaimana hasil GST ini
akan dikembalikan dengan pelbagai subsidi kepada rakyat. Jangan suka momokkan
rakyat, polemik isu GST ini, sebaliknya kita perlu didik rakyat dan bagi mereka
lihat, rasa bagaimana dana awam ini dibahagikan sebaik mungkin,” katanya. ―
Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel