Connect with us

Berita Lain

Sohaimi Cedera Ditikam Di Kepala, Bahu



PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan (gambar) cedera ditikam di kepala dan bahu oleh seorang lelaki yang dipercayai tidak siuman di depan kediamannya, malam Jumaat.

Isterinya, Datin Nurul Azni Roslan ketika dihubungi mStar Online berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam ketika Sohaimi berada di kediamannya di Sungai Buloh dan ingin keluar menuju ke Shah Alam bersama pemandu dan adik iparnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mula-mula orang itu baling batu ke arahnya dan belum sempat dia bertanya mengapa orang tersebut bertindak begitu, dia terus ditikam.

“Kejadian malam ini bukanlah kali pertama berlaku. Orang yang sama pernah menyerang suami saya sebelum ini dengan membaling batu dan menyimbah cat ke arah kereta kami,” dakwanya.

Menurut Nurul Azni, keadaan Sohaimi yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Jamin itu setakat ini stabil dan beliau kini dirawat di Hospital KPJ Damansara sejurus insiden tidak diingini itu berlaku.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Somu Subramaniam mengesahkan kejadian itu.

— mStar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel