Solat Jumaat Tidak Sah, Khatib Akui Gugup Tertinggal Rukun Khutbah

0
33

GEORGE TOWN, 2 Okt — Seorang khatib mengakui solat
Jumaat di Masjid Jamek Kampung Rawa di sini, pada 11 Ogos lalu tidak sah akibat
kesilapannya.
Zamri Vinoth Kalimuthu, khatib jemputan yang pertama
kali membaca khutbah pada 11 Ogos lalu tertinggal satu rukun akibat gugup dan
cemas, lapor Kosmo!.

“Disebabkan gugup dan cemas, saya tertinggal beberapa
perkara ketika membaca khutbah tersebut,” kata presiden Skuad Mubaligh Malaysia
itu yang meminta maaf kepada jemaah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mufti Pulau Pinang pula berkata Zamri tidak duduk antara
khutbah pertama dan kedua sebelum pihaknya mengeluarkan notis mengenai solat
berkenaan tidak sah.
“Justeru, khutbah itu menjadi tidak sah menurut qaul
muktamad dalam mazhab Syafii” kata Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
Notis mengenai perkara itu termasuk menggesa jemaah
menunaikan solat zuhur menular di media sosial.
Zamri menyambut baik kritikan orang ramai dan berjanji
belajar dari kesilapan.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here