Connect with us

Berita Lain

SPRM Geledah Rumah Adik Shafie Apdal Kes Dana RM1.5 Bilion


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
hari ini menggeledah rumah Hamid Apdal, adik kepada Presiden Parti Warisan
Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal, dalam siasatan ke atas dakwaan
penggelapan RM1.5 bilion dana pembangunan luar bandar untuk Sabah.

Sumber berkata siasatan itu membawa kepada penggeledahan
sebuah rumah terletak di Taman Bersatu Putatan yang selesai 6.00 petang tadi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Hamid kini bersama SPRM untuk membantu siasatan kes itu.
Agensi anti-rasuah tidak menahan beliau. Beliau tampil ke pejabat SPRM hari ini
untuk dirakamkan keterangan.

Enam individu kini ditahan reman dalam siasatan kes itu.

Mereka ialah Naib Presiden Warisan Datuk Peter Anthony,
Ketua Pemuda Warisan Datuk Azis Jamman, Ketua Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaafar,
Ketua Pemuda Umno Tawau Ariffin Kassim, seorang ahli perniagaan dan seorang
bekas timbalan setiausaha menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Sebelum ini dilaporkan 350 projek di bawah Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah membabitkan dana awam bernilai RM7.5 bilion
sedang dipantau SPRM.

Projek berkaitan pembangunan prasarana air, elektrik dan
jalan raya itu dilaksanakan dalam tempoh 2009 hingga 2015, dilaksanakan di Kota
Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan
Sandakan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi menafikan
dakwaan siasatan itu tindakan politik terhadap Warisan.

— Free Malaysia Today

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel