Connect with us

Berita Lain

Sultan Johor Kini Pemegang Saham Kedua Terbesar Berjaya Assets

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kini menjadi
pemegang saham individu kedua terbesar Berjaya Assets Bhd selepas mengambil alih 80 juta saham. — Foto ihsan Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar


KUALA LUMPUR, 3 Okt — Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan
Iskandar kini menjadi pemegang saham individu kedua terbesar Berjaya Assets Bhd
dengan kepentingan 10.09 peratus, selepas mengambil alih 80 juta saham untuk
meningkatkan jumlah saham baginda dalam syarikat tersebut kepada 120 juta.
Berjaya Assets Group adalah pemilik terbesar Berjaya Times
Square, antara pusat beli-belah runcit dan komersial terbesar di Malaysia yang
menempatkan Taman Tema Berjaya Times Square, taman tema dalam bangunan terbesar
di Malaysia.
Di Johor Bahru, kumpulan itu memiliki Berjaya Waterfront
Hotel, kompleks beli-belah dan terminal feri serta unit pejabat di Menara MSC
Cyberport.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya gembira yang Sultan Ibrahim telah meningkatkan
kepentingan baginda dalam Berjaya Assets. Ini menunjukkan pandangan positif
baginda terhadap masa depan Berjaya Assets.
“Kedudukan baginda sebagai pemegang saham utama kedua
terbesar pasti akan memberi manfaat kepada Berjaya Assets dalam pengembangan
perniagaannya,” kata pemegang saham terbesar Berjaya Assets, Tan Sri Vincent
Tan dalam satu kenyataan semalam.
Melalui anak syarikat 100 peratus miliknya, Berjaya Assets
Food Sdn Bhd, Berjaya Assets telah memperoleh perjanjian lesen dengan Greyhound
Café Co Ltd untuk hak eksklusif bagi menubuh dan mengendali ‘Greyhound Café’ di
Malaysia.
Restoran pertama Greyhound Café terletak di ANSA Kuala
Lumpur dan restoran kedua telah dibuka di Mid Valley Megamall Kuala Lumpur
baru-baru ini.

Berjaya Assets mencatat hasil belum diaudit RM356.36 juta
pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel