Connect with us

Berita Lain

‘Tak Ada Orang ‘Propose’ Saya Jadi Calon’ – Tun M


KUALA LUMPUR – “Tak ada orang ‘propose’ saya,”
demikian jawapan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika
ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU14 akan datang.
Sambil tersenyum Dr Mahathir berkata, perkara itu belum
dibincangkan.
Ditanya kawasan pilihan beliau untuk bertanding, jawapan Dr
Mahathir ditepis ahli Parlimen Seputeh, Teressa Kok.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Itu ‘next PC’, hari ini isu lain,” katanya kepada
pemberita pada sidang media Pakatan Harapan di Parlimen, di sini hari ini.
Dr Mahathir pernah memegang empat penggal sebagai ahli
Parlimen Kubang Pasu, Kedah sebelum melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri
pada tahun 2003.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai logo yang masih belum
diluluskan selepas 100 hari permohonan, Dr Mahathir berkara, pihaknya memberi
jaminan akan mematuhi segala syarat yang ditetapkan Pendaftar Pertubuhan (ROS)
jika logo mereka diluluskan segera.
Katanya, sehingga kini pihaknya masih belum mendapat apa-apa
perkhabaran mengenai perkara itu.
“Kami hanya dapat jawapan di Parlimen tetapi jawapan
itu tidak memberi sebab mengapa ia mengambil masa yang lama apakah ada
kesalahan yang dilakukan oleh pihak kami.
“Harapan akan membuat beberapa tindakan susulan
mengenai perkara ini secepat yang mungkin,” katanya.
— Sinar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel