Connect with us

Berita Lain

Terbabas Selepas Cuba Lari Daripada Polis



PASIR GUDANG: Enam remaja bertindak memecut kereta dipandu
mereka bagi mengelak ditahan polis sehingga merempuh sebuah motosikal sebelum
terbabas, dalam di Jalan Pekeliling, Tanjung Langsat, di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berpunca gara-gara seorang daripada
kumpulan remaja, yang juga pemandu PROTON Wira itu tidak memiliki lesen
memandu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd
Aziz, berkata kejadian berlaku pada jam 3.15 petang, ketika dua anggota Unit
Rondaan Bermotorsikal (URB) sedang melakukan rondaan di kawasan Pasir Gudang

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata, anggota ternampak sebuah kereta bercermin
gelap dan dalam keadaan yang mencurigakan ketika melalui Jalan Besar Taman
Cendana, di sini.

Katanya, polis menghampiri kereta itu dan mengarahkan supaya
berhenti, namun pemandunya bertindak memecut.
“Setibanya di Jalan Gangsa 1, kereta itu melanggar
sebuah motosikal, tetapi mereka tetap tidak berhenti.
“Apabila melalui Jalan Pekeliling, Tanjung Langsat,
kereta itu terbabas dan melanggar sebatang pokok di pembahagi jalan berkenaan.
“Hasil pemeriksaan awal, polis mendapati kereta dinaiki
oleh enam remaja lelaki berusia antara 13 tahun dan 18 tahun.
“Mereka ditahan dan hasil siasatan awal polis mendapati
kejadian ini berpunca daripada pemandu kereta berkenaan yang tidak mempunyai
lesen memandu,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Jokhiri berkata, pihaknya meneruskan siasatan bagi mengenal
pasti jika terdapat punca lain yang masih disembunyikan semua suspek sehingga
mereka cuba melarikan diri daripada polis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan
(menghalang penjawat awam menjalankan tugas) dan Seksyen 42(1) Akta
Pengangkutan Jalan 1987 (memandu dengan melulu dan berbahaya).
“Polis Seri Alam mengesahkan kejadian ini, yang turut
viral di media sosial,” katanya. – BH Online


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel