Connect with us

Berita Lain

‘Tidak Cukup Bungkus Tempe’, Exco Cabar Pakatan Harapan Hantar Lebih Kertas A4


ISKANDAR PUTERI, 10 Okt —
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor
Datuk Ayub Rahmat memberi amaran kepada parti pembangkang supaya jangan
menggunakan pihak sekolah untuk meraih publisiti murahan untuk mendapatkan
kepentingan  politik.
Beliau berkata pihak
pembangkang pada awalnya memberitahu guru-guru berkenaan kononnya sumbangan itu
adalah sumbangan peribadi dan tidak berkaitan dengan mana-mana parti politik.
“Bagaimanapun, perkara
yang sebaliknya yang berlaku,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan
Anugerah Lestari dan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Johor
sempena Ekspo Johor Berkemajuan di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata demikian
ketika diminta mengulas tindakan sebuah parti pembangkang yang memanipulasikan
gambar guru besar dari lima sekolah di Johor bagi tujuan politik selepas
kononnya menyampaikan sumbangan peribadi berbentuk sekotak kertas A4.
“Pejabat Pendidikan Negeri
memang membekalkan sekolah dengan kelengkapan yang mencukupi, terutamanya
kertas.
“Janganlah kita
mempolitikkan sekolah terutamanya sekolah-sekolah di Johor. Pakatan Harapan
bagi satu kotak kertas bersamaan 10 rim sedangkan keperluan sekolah-sekolah
berkenaan adalah lebih daripada 1,000 rim.
“Ahli Parlimen Tenggara
Datuk Halimah Mohamed Sadique menyumbangkan 150 rim, Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) Pasir Raja Datuk Seri Dr Adham Baba sumbangkan 50 rim, dan Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) Kulai pula menyumbangkan 42 rim.
“Oleh itu, saya mencabar
parti Amanah untuk hantar lebih 150 rim setiap minggu, jangan hantar sekali,
satu kotak, kemudian bergambar. Sepuluh rim nak bungkus tempe pun tak cukup,”
katanya.
Mengenai dakwaan parti
pembangkang yang kononnya terdapat banyak kuarters guru terbiar di Johor tanpa
diselenggarakan oleh kerajaan negeri, beliau berkata kuarters guru yang
terletak di Tenang, Segamat, sememangnya tidak berpenghuni.
“Kali terakhir ia diduduki
adalah pada 2011. Sebenarnya, kuarters itu dibina sejak 10 tahun yang lalu
tetapi kenapa tahun ini baru nak nyatakan terbengkalai?
“Melainkan hanya sengaja
mencari isu dan populariti bukannya jalan penyelesaian,” kata Ayub sambil
memberitahu situasi itu turut berlaku di Kedah, Perak dan Selangor.
Menurutnya pada Mesyuarat
Tindakan Peringkat Daerah, Anggota Dewan Undangan Negeri Tenang Azhar
Ibrahim  mencadangkan untuk
kuarters-kuarters guru yang tidak berpenghuni itu, digunakan atau diberikan
kepada agensi lain.
“Jadi, kita mengalu-alukan
mana-mana agensi kerajaan yang memerlukan ruang pejabat atau premis sementara,
mereka boleh membuat permohonan kepada Pejabat Pendidikan Negeri dan kita akan
pertimbangkan.
“Kita berpendapat kuarters
ini sesuai dijadikan bangunan pelbagai guna oleh agensi-agensi lain dengan
mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan,” katanya.

Ayub berkata kekosongan
kuarters guru berkenaan juga berlaku kerana faktor kenaikan gaji dan elaun
perumahan guru. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel