Connect with us

Berita Lain

TMJ Bidas Komplot ‘Jahat’: “Bukan Saja Nak Singkirkan Kevin, Tapi Nak Singkirkan Saya Pun Sebagai Presiden”


PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail
Sultan Ibrahim mendakwa terdapat usaha menyingkirnya sebagai ketua badan induk
itu.
Dalam masa, baginda turut mengesahkan selain bagindan
terdapat juga gerakan menyingkirkan Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian
Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam.
“Sudah tentu, bukan sahaja nak singkirkan dia (Kevin), nak
singkirkan saya pun sebagai presiden.
“Ramai dalam FAM yang berangan nak jadi presiden, saya cakap
terus terang. Awak (wartawan) boleh.. you can quote me on that.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ramai yang dalam FAM nak jadi presiden. Ramai juga di dalam
FAM kadang-kadang suruh media tulis macam-macam,” katanya kepada pemberita pada
sidang media selepas Kongres Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di sini
semalam.
Tunku Ismail berkata, cubaan untuk menyingkirkannya dibuat
dengan harapan beliau fed-up dan mengangkat kaki meninggalkan FAM.
Katanya, namun beliau tidak akan membiarkan perkara itu
berlaku.
“Jadi harap-harap bila Tunku Mahkota Johor ini macam fed-up
angkat kaki dapatlah peluang nak jadi presiden. Ia tidak akan berlaku.
“Jadi yang dalam FAM pun ada politik-politik juga. Yang nak
bawa sponsor untuk jadi penaja liga pun ada politik. Kononnya nak buat
konsortium sendiri, nak buat syarikat sendiri. Bermakna tak payah lagi FMLLP,
nak bagi lobi pada orang masing-masing,” katanya.
Beliau akui mengetahui perkara itu sedang berlaku.
“Saya cakap dalam FAM sendiri, saya presiden FAM, saya tahu
benda ini tengah berlaku. Tapi selagi saya berada di FAM, jangan haraplah.
Benda ini patut masuk dalam akhbar, biar dia tahu.
“Jadi bukan sahaja nak singkir Kevin Ramalingam, presiden
pun dia nak singkir,” katanya.
Tunku Ismail turut menegaskan Kevin menjalankan tugasnya
sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP dengan baik.
“Siapa sahaja jadi CEO FMLLP, adalah atas pilihan presiden,
jikalau esok saya lantik orang lain, orang lainlah.
“Tapi buat masa ini, dia buat kerja dengan betul. Dia boleh
jawab mana-mana soalan yang awak lontarkan kepada dia berserta fakta, jadi pada
saya beliau patut terus bekerja.
“Saya tahu dalam FAM, beberapa Exco tak berapa setuju dengan
pendapat saya kerana mereka nak orang-orang mereka sendiri. Tapi maaflah, ini
bukan parti politik, ini persatuan bola sepak,” katanya.

— Sinar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel