Connect with us

Berita Lain

Tukang Gunting Rambut Jutawan, Ada 378 Kereta Mewah


NEW DELHI – Menjadi tukang gunting dianggap sebagai
kerjaya yang tidak menghasilkan banyak wang, namun siapa sangka, ada menjadi
jutawan dan mampu membeli ratusan kereta mewah.
Justeru kisah Ramesh Babu, seorang tukang gunting
warga India yang berasal dari Bangalore, India mencetuskan sensasi dalam
kalangan netizen apabila beliau dilaporkan hidup kaya dengan memiliki sebanyak
378 buah kereta.
Laman rushlane melaporkan antara koleksi kenderaan
tersebut ialah Rolls Royce Ghost, BMW 7-series, Mercedes S Class, E Class,
Viano, BMW 5 Series, Toyota Camrys, Honda Accords dan beberapa Honda CR-Vs.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Terbaharu, Babu membeli Mercedes Maybach S600
berharga 26.5 juta rupee (kira-kira RM1.7 juta) berenjin V12 dengan 6.0 liter
yang juga dilengkapi pelbagai fasiliti mewah serta kuasa 530 bhp dan torsion
830 Nm.
Kisah kejayaannya bermula ketika beliau berusia
tujuh tahun setelah bapanya meninggal. Babu melakukan pelbagai kerja sehingga
pada awal 1990-an beliau berjaya membuka tempat gunting rambut sendiri untuk
menyara hidup.
Pada 1993, Babu membeli kereta pertamanya iaitu
Suzuki Maruti Omni, hasil usaha wang tabungannya selama menjadi tukang gunting.
Demi menambah pendapatan, beliau menyewakan kenderaan itu kepada masyarakat.
Tahun demi tahun, kegigihannya bekerja sama ada
sebagai tukang gunting dan penyewa kereta terus berkembang maju sehingga Babu
mampu membeli sebanyak enam buah kereta pada 2004 lalu sebelum menjadi jutawan.
Meskipun sudah bergelar hartawan dan selesa
memiliki banyak kereta mewah, Babu tetap bertugas sebagai tukang gunting.
Beliau cuma mengenakan caj 100 ruppee atau RM6 untuk setiap perkhidmatan
gunting rambut gaya biasa.
Selebihnya datang daripada operasi kereta sewa yang
beliau buat lebih dua dekad lalu termasuk penyewaan khusus kenderaan mewah
dimilikinya. Sebagai contoh, Rolls-Royce disewa dengan harga 50,000 rupee
(RM3,000) sehari.
Lebih hebat lagi, pelanggannya bukanlah
sembarangan. Kebanyakan dari kalangan artis antaranya Salman Khan, Aishwarya
Rai, Aamir Khan malah tokoh terkenal iaitu Raja Saudi, Salman Abdulaziz.
– Agensi

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel