Connect with us

Berita Lain

‘Tun M Salah, Saya Hanya Mahu Balik Kampung’ – Peter Bellew


DAMANSARA – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines, Peter Bellew menjelaskan pengundurannya daripada syarikat penerbangan itu adalah atas kehendaknya sendiri.

Kenyataannya itu sekali gus menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau meletakkan jawatan susulan campur tangan kerajaan dalam urusan syarikat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Apa yang dikatakan Dr Mahathir salah. Itu tak betul. (Sebaliknya) Saya hanya mahu balik kampung. Saya mahu pulang Ireland untuk bersama dengan orang yang saya sayang,” katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini hari ini.

Jumaat lalu, Mahathir mendakwa punca sebenar perletakan jawatan Bellew adalah campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, antaranya dalam isu pembelian sejumlah pesawat Boeing mencecah nilai AS$10 bilion.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut, Bellew menekankan perkataan bahasa Melayu ‘balik kampung’ beberapa kali, menunjukkan ketegasan terhadap kenyataannya.

Katanya, bukan hanya kerajaan, malah beliau boleh mengesahkan bahawa tiada campur tangan daripada mana-mana pihak ketika mengemudi Malaysia Airlines.
— Sinar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel