Connect with us

Berita Lain

Tunku Aziz Gagal Batalkan Saman Fitnah Oleh Mukhriz

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim gagal batal saman fitnah yang difailkan oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir kerana terdapat isu untuk dibicarakan. – Foto: FMT


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim
hari ini gagal membatalkan saman fitnah yang difailkan oleh bekas Menteri Besar
Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir ke atas dirinya.
Saman itu berhubung dakwaan Tunku Abdul Aziz bahawa wujud
pakatan sulit antara bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan ketua anggota parlimen
DAP Lim Kit Siang untuk mengangkatnya sebagai perdana menteri.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Nordin Hassan
memutuskan saman fitnah itu harus diteruskan atas alasan terdapat isu untuk
dibicarakan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bukti ini perlu dibentangkan dalam perbicaraan.
Terdapat isu serius yang perlu dibicarakan,” katanya.
Hakim Nordin mengarahkan Tunku Abdul Aziz yang juga adalah
pengerusi lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
membayar kos RM4,000.
Beliau juga memerintahkan supaya pendengaran saman fitnah
itu diadakan pada 11, 12, 18 dan 19 Januari tahun depan.
Kenyataan Tunku Abdul Aziz itu disiarkan dalam sebuah blog
bertarikh 30 Disember tahun lalu dan 1 Januari tahun ini.
Dalam penyata tuntutannya pada Februari lalu, Mukhriz
antaranya berkata dakwaan Tunku Abdul Aziz itu menggambarkan beliau tidak telus
dan jujur dalam kerjaya politik, membelakangkan rakyat dan gila kuasa.
Kenyataan itu juga menggambarkan beliau mengamalkan politik
licik dan kotor serata mengikut telunjuk bapanya.


Mukhriz telah membuat akuan berkanun dalam satu afidavit
yang menafikan cita-cita menjadi perdana menteri dalam konteks komplot dan
pakatan jahat yang diungkapkan.
Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi berterusan dan
ganti rugi teladan dalam jumlah yang ditaksirkan oleh mahkamah.

Mukhriz, kini timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (BERSATU), juga memohon perintah menegah defendan daripada terus
mengeluarkan kenyataan senada atau serupa.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel