Connect with us

Berita Lain

UMNO Yakin Boleh Menang Perang Media Sosial PRU-14

PENGERUSI Biro IT UMNO Datuk Ahmad Maslan memberi taklimat
kepada anggota UMNO pada Program Bengkel Maya (BTM) Biro IT UMNO Peringkat
Negeri Kedah dan Perlis di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani. – Foto: BERNAMA

SUNGAI PETANI: UMNO yakin boleh memenangi perang media
sosial dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menerusi jentera
teknologi maklumat (IT) yang dilatih.
Pengerusi Biro IT UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata UMNO
tidak mahu lagi kalah dalam perang maya seperti yang berlaku pada dua PRU
terdahulu .
“Ini adalah usaha kita selama setahun lapan bulan
apabila saya mengambil alih menjadi Pengerusi Biro IT UMNO.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan
perang maya pilihan raya akan datang ini dimenangi oleh UMNO, sekali gus buat
Barisan Nasional (BN).
“Mungkin dulu kita bergantung pada kumpulan tertentu
tapi sekarang ini kita ubah kaedah. Kita terus turun buat jentera di peringkat
bahagian yang dulunya hanya terdapat di pusat, yang mungkin tidak cukup ramai
untuk membantu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan
Majlis Penutup Bengkel Teknikal Maya (BTM) Peringkat Negeri Kedah dan Perlis di
Hotel Seri Malaysia, di sini.
Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, BTM dan Bengkel Penggerak
Maya (BPM) adalah antara strategi yang dilakukan UMNO bagi melatih jentera IT.
“Menerusi bengkel ini, kita ajar penggiat media sosial
UMNO bahagian dengan ilmu membuat video pendek, infografik dan videografik
secara teori dan amali,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua ahli jentera IT
UMNO untuk tidak menyebarkan fitnah, lapor BH Online lagi.
“Kita bukan penyebar fitnah tetapi kita menyebar fakta
dan kebenaran. Orang yang menyebar fitnah ini adalah orang yang muflis idea,
muflis program, muflis pengumuman dan muflis segala perancangan. Kita tidak
muflis itu semua,” katanya.
Sementara itu, katanya, Konvensyen Media Sosial Peringkat
Kebangsaan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu depan.
Katanya, konvesyen itu akan menghimpunkan lebih 2,000 ahli
jentera IT UMNO di setiap bahagian bagi persediaan menghadapi PRU-14.

Katanya, antara jemputan yang akan hadir adalah Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel