Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] Alas Kaki Pun Nak Curi Ke?



PETALING JAYA: Tindakan seorang gadis mencuri alas kaki di
sebuah kedai dobi dalam kejadian yang dipercayai berlaku berhampiran Projek
Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 mendapat kecaman dalam kalangan netizen.


Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan tidak
menjangka barang yang dicuri gadis tersebut hanya alas kaki.

Malah, mereka turut menyifatkan perbuatan gadis itu sebagai
terdesak dan amat memalukan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

@Amin Mokazar berkata:”Kasihan betul budak-budak tu,
benda tu pun nak dicuri.”

@Maisara Jubri berkata:”Bertuah punya budak alas kaki
pun kau nk curi ke… pakat-pakat pula tu ada geng.”

Rakaman perbuatan gadis itu bersama dua lagi rakannya
menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam video berdurasi dua minit 34 saat itu, kelihatan tiga
remaja memberhentikan motosikal mereka di hadapan kedai dobi berkenaan.

Pada awalnya, seorang remaja lelaki berpura-pura masuk ke
dalam premis tersebut dan mengesat kakinya pada alas kaki yang diletakkan di
hadapan premis berkenaan.

Namun, remaja terbabit keluar semula dari kedai dobi
tersebut sebelum seorang gadis yang dipercayai rakan suspek memainkan
peranannya.

Gadis berpakaian kemeja-T putih dilihat duduk di hadapan
premis tersebut sambil menarik alas kaki itu sedikit demi sedikit.

Bagaimanapun, dia keluar semula dari premis itu
berkemungkinan takut perbuatannya disedari pelanggan dobi berkenaan.

Sambil memerhatikan keadaan sekeliling, gadis tersebut tanpa
rasa bersalah terus menarik dan melarikan alas kaki tersebut.

Pada akhir rakaman video itu, ketiga-tiga remaja terbabit
beredar dari kawasan kejadian bersama-sama dengan alas kaki tersebut dengan
menaiki dua motosikal.

Video tersebut ditonton sebanyak 22,000 kali dan dikongsi 89
kali di Facebook. – mStar Online


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel