Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] Dua Pekerja Rapid Pengerang Maut Dihempap Kren


JOHOR BARU, 10 Okt — Dua lelaki dipercayai pekerja di tapak
projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang,
Kota Tinggi, maut dihempap kren manakala seorang lagi cedera dalam kejadian di
tapak berkenaan semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Ahsmon Bajah berkata
kejadian berlaku pada 3.45 petang, namun punca sebenar kejadian masih dalam
siasatan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mangsa yang maut adalah seorang lelaki tempatan berusia 24
tahun dan berasal dari Selangor serta warga Pakistan berusia 22 tahun.
“Kedua-dua mangsa meninggal dunia, masing-masing di
tempat kejadian serta ketika dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Seorang lagi warga Pakistan berusia 24 tahun dilaporkan cedera, namun
keadaannya stabil,” katanya ketika dihubungi semalam.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (JKKP) Johor, Ir Saiful Azhar Mohd Said ketika dihubungi mengesahkan
kejadian itu, namun pihaknya masih menunggu maklumat lengkap hasil siasatan
jabatan itu berhubung insiden berkenaan.
Terdahulu, kejadian berkenaan menjadi tular di laman sosial
Facebook selepas video mengenai insiden tersebut dimuat naik dalam akaun FB
Suara Anak Pengerang, sebelum turut dikongsi sebuah lagi akaun FB Orang Kota
Tinggi. — Bernama


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel