Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] Viral Aksi Pemandu Myvi ‘Menggila’ Di Jalan Raya


CARI NAHAS… Aksi sebuah kereta Produa Myvi yang ‘menggila’
di atas jalan raya dengan memandu tanpa hala dan berkemungkinan telah melanggar
kenderaan lain menjadi tular di media sosial.
Video insiden tersebut kebetulan sempat dirakam oleh saksi
kejadian yang jelas menunjukkan kesesakan lalu lintas berlaku kerana sikap
pemandu kenderaan berkenaan yang memandu tanpa arah itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimana pun, lokasi dan masa kejadian itu berlaku tidak
dapat dikenal pasti kerana tiada butiran lanjut.
Orang awam yang berada di kawasan kejadian berang dengan
tindakan pemandu itu kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab, terus memandu
tanpa rasa bersalah.
“Dia tak boleh pergi mana, rim tayar dia tu,” kata individu
yang merakamkan video tersebut.
Beberapa orang awam telah bertindak untuk merosakkan
kenderaan itu menggunakan batang kayu dan topi keledar dengan tujuan supaya
pemandu tersebut akan keluar dari keretanya.
Turut kelihatan kerosakan kecil di bahagian bumper belakang
dan tayar belakang Myvi tersebut, yang berkemungkinan akibat telah melanggar
penghadang jalan.
Mungkin pemandu tersebut berada dalam keadaan tidak sedarkan
diri kerana jika dilihatkan, dia langsung tidak mempedulikan orang awam yang
mengamuk kerana tindakannya itu.


Tidak lama kemudian, kereta Myvi itu sudah berjaya ditahan
oleh pihak polis di dalam sekatan jalan raya yang telah dibuat beberapa
kilometer dari tempat kejadian.
Namun, tiada berita selanjutnya mengenai kejadian ini.
Tindakan pemandu yang ‘gila’ itu boleh membahayakan nyawa orang lain.

Mana tidaknya, sekejap ke depan, sekejap ke tepi. Mujur
tiada motosikal yang lalu di bahu jalan ketika kejadian… Kalau tidak, lain pula
yang jadi.
Advertisement


— MYNEWSHUB.CC

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel