Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] Wanita Serang Kekasih Kerana Didakwa Curang Dengan Wanita Lain


Viral di media sosial video seorang wanita memarahi lelaki yang dipercayai
kekasihnya yang didakwa berlaku curang kerana seringkali datang ke kedai makan
tersebut kerana mahu melihat pelayan perempuan yang diminati.
Bagaimanapun, lelaki itu menafikan dakwaan kekasihnya itu
dan mengatakan dia hanya datang lepak bersama rakan-rakannya.
“Tengok handphone kau sekarang. Aku nak tengok handphone
kau,” kata wanita itu sambil ditemani rakannya.
“Aku lepak sini, main game. (Awak) kenapa? Jangan
bising-bising,” balas si lelaki.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebab apa sebenarnya? Sebab perempuan? Kau datang sini
sebab perempuan ke apa? Hari-hari nak lepak sini,” soal wanita itu.
“Kau nampak aku lepak dengan perempuan ke apa?” balas si
lelaki berkenaan yang sudah mula hilang kesabaran.
“Manalah aku tahu,” kata kekasihnya lagi.
Tindakan dua pelayan kedai tersebut yang cuba meredakan
ketegangan itu mengundang bala apabila wanita itu menuduh salah seorang dari
mereka yang menjadi punca kekasihnya kerap datang melepak di situ.
Kedua-duanya saling bertengkar mulut sambil diperhatikan
oleh beberapa pelanggan kedai itu yang merakam kejadian tersebut.
Namun tiba-tiba si lelaki itu pula meninggikan suara dan
meminta mereka berhenti bertengkar. Berang dengan tindakannya itu, wanita
berkenaan pula menjadi hairan mengapa kekasihnya cuba mempertahankan pelayan
terbabit.
“Kau apsal? Kau nak back up dia ke apa?” soalnya.
“Tak. Datang sini buat bising, tak malu ke dengan orang,”
balas si lelaki menyebabkan wanita itu terdiam dan berlalu pergi.
Tidak berakhir di situ, wanita itu kembali dan mengambil air
minuman di meja kekasihnya lalu disimbah pada dua pelayan berkenaan.
“Bodoh sial,” kata si lelaki.
Sementara itu di media sosial, netizen berpendapat si lelaki
terbabit tidak berguna kerana masih duduk tanpa cuba menenangkan kekasihnya
itu.
“Itu contoh lelaki tak guna. Awek buat hal, boleh duduk
lagi. Kalau kahwin, isteri buat hal begitu, tinggal isteri di situ juga. Jadi
lelaki gentlemanlah brader. Bangun, angkut awek awak itu keluar, terus balik
dan selesaikan sendiri di belakang. Selalu manusia kalau couple dia sayang, dah
kahwin bertambah sayang. Kalau couple dah rimas, bila dah kahwin nanti lagi
rimas,” kata Airull Skyflower.
“Kadang-kadang lelaki ini tak boleh bagi muka sangat.
Mungkin ada orang beritahu girlfriend dia yang boyfriend dia melayan habis
pelayan itu. Kemudian pelayan itu pun gedik semacam, memanglah girlfriend naik
angin.
“Lain kali bawalah awek keluar. Kadang-kadang saya pun
menyampah tengok pelayan gedik begini. Ambil order saja, jangan lebih-lebih.
Bukan pelayan bar pun sampai ambil masa nak ambil order. Fikir perasaan orang
lain kalau diri sendiri terkena begitu,” kata Tandu Siva L.
“Tengah shooting slot Akasia terbaru untuk TV3 ke? Tajuk
apa? Please bagi tajuk yang lain dari lain. Contohnya, Suamiku Kayu, Isteriku
Cemburu Tahap Dewa, Kekasihku Stokis Belacan, Kekasihku Suka Makan Ubi Kayu,”
kata Tuan Haji Putra Gie. – Malaysian Update


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel