Connect with us

Berita Lain

Warga Emas Maut Ketika Lakukan Persembahan Di Tokong Cina


JERLUN – Seorang lelaki warga emas yang sedang melakukan
upacara keagamaan di perkarangan Tokong Cina Kuala Sanglang, Ayer Hitam, di
sini Isnin, dengan duduk di atas kawah pengukus, maut selepas terkena serangan
jantung.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 malam membabitkan
mangsa, Lim Ba, 68, yang terkena serangan jantung ketika sedang duduk di atas
papan yang diletakkan di atas kawah besi berisi air panas sebelum seluruh
tubuhnya ditutup dengan tudung pengukus.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Mohd Ismail Ibrahim
berkata sebelum itu mangsa pergi ke tokong itu untuk melakukan upacara
keagamaan bersempena perayaan “tokong sayur”.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Siasatan kita mendapati mangsa duduk di atas papan yang
diletakkan di atas kawah besi berisi air panas yang sedang dimasak menggunakan
kayu api dan seluruh badan mangsa ditutup dengan tudung pengukus.
“Seorang daripada anak mangsa dan penonton yang hadir
kemudian ternampak tudung pengukus itu bergerak-gerak dan sebaik dibuka, mereka
mendapati mangsa tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita di sini,
Selasa.
Mohd Ismail berkata Lim bagaimanapun disahkan meninggal
dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan pada
bahagian muka, badan, kaki dan tangan sebelum mayatnya dihantar ke Hospital
Jitra untuk dibedah siasat.
“Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian
disebabkan serangan jantung dengan kesan melecur tahap dua dan kes
diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Sementara itu, anak mangsa, Lim Kang Huai, 32,
berkatabapanya melakukan upacara itu setiap kali tibanya hari perayaan tersebut
sejak lebih 10 tahun yang lalu.
“Bapa saya menjalani pembedahan jantung tahun lalu. Saya
tidak sangka upacara kali ini adalah terakhir buatnya,” katanya.

Tambahnya, bapanya pernah melakukan upacara sama selama 75
minit di sebuah tokong di Tangkak, Johor, empat tahun lalu dan tidak mengalami
sebarang kecederaan. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel