Connect with us

Berita Lain

Watie Diperintah Bayar RM99,500 Bersihkan Status Muflis Hana



BEKAS anggota kumpulan Elite, Hana, lega apabila Mahkamah
Sesyen Selayang memerintahkan rakannya, pelakon Watie Sadali membayar RM99,500
kepada Jabatan Insolvensi Malaysia bagi membersihkan status muflisnya.

“ Alhamdulillah akhirnya penantian ini berakhir dan saya
bebas menjalani kehidupan seperti biasa.
“ Sejak diisytiharkan muflis saya tidak dapat ke luar
negara. Impian berjumpa dengan dua anak saya Aaron Danial Mann, 16 dan Alayna
Daniella Mann, 15, yang kini berada di London bersama bekas suami akhirnya
tercapai,”€ katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali diperintahkan
membayar RM99,500 sebagai bayaran pertama kepada jabatan itu sebelum atau pada
30 November ini.
Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Rasyihah Ghazali di
kamarnya di sini.
Mahkamah memerintahkan Watie membayar baki itu sehingga
Jabatan Insolvensi mengeluarkan surat mengesahkan Hana atau nama sebenarnya
Norhanasafiza Mat Adnan, 39, bebas daripada status muflis.
Selain itu mahkamah juga memerintahkan Watie membayar
RM2,500 sebulan pada atau setiap 25 hari bulan sehingga selesai membayar ganti
rugi berjumlah lebih RM700,000 yang sudah diputuskan sebelum ini.
Hana hadir bersama peguamnya Samir Zainal manakala Watie
hadir bersama suaminya Joey atau Zulkifli Daud.
Pihak media gagal mendapatkan sebarang komen daripada Watie
apabila dia dilihat beredar segera dari pekarangan mahkamah sebaik kes selesai.
Sebelum ini, Hana memenangi saman terhadap Watie berhubung
kegagalan penyanyi itu menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan
namanya untuk membeli Toyota Wish.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Hana mendakwa dirinya
membuat pinjaman bank kenderaan itu September 2005 bagi pihak Watie sebanyak
RM150,000 kerana pelakon terbabit tidak layak membuat pinjaman.
Namun, Watie gagal mematuhi syarat ditetapkan seperti
membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak
September 2010.
Akibat kejadian itu, Hana diisytiharkan muflis pada 1 April
2013 dan perkara itu tersebar di blog sehingga mendatangkan malu kepadanya.
Selain itu, dia juga mengalami tekanan dan kejadian itu
memberikan kesan negatif kepada kariernya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel