Connect with us

Berita Lain

Wisma Tok Guru Ditawar Harga RM1.2 Juta Oleh PAN


KOTA BHARU: Wisma Tok Guru di Kampung Pendek, di sini, yang
menjadi rebutan dua parti, dikatakan pernah ditawar harga sehingga RM1.2 juta
oleh Parti Amanah Negara (PAN).
Difahamkan, wakil parti PAN terlebih dahulu menemui pemilik
tanah terbabit iaitu isteri bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor,
Allahyarham Datuk Rosli Ibrahim kerana berminat terhadap tanah berkenaan.
Sumber PAS berkata, isteri Allahyarham bagaimanapun tidak
berminat untuk menjual kepada orang lain yang bukan ahli PAS kerana sedar
bangunan di tanah terbabit adalah milik PAS.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, isteri Allahyarham juga sedia maklum bangunan di
tanah terbabit dibina hasil kutipan derma yang dilakukan PAS.
“Kerana tidak mahu menanggung beban di akhirat, isteri
Allahyarham akhirnya menjualnya kepada PAS menerusi setiausaha kerja parti itu,
Mohamad Yasin Yusof dengan harga RM700,000.
“Jika isteri Allahyarham mengejar keuntungan, sudah
tentu dia menerima tawaran ahli PAN.
“Bagaimanapun pemimpin PAN dikatakan hanya mengetahui
tanah terbabit dijual kepada PAS sehari sebelum menerima notis meminta supaya
mengosongkan premis sehingga 16 November depan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk
Nassuruddin Daud, menawarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk
Husam Musa, supaya menyertai semula PAS sekiranya enggan berpindah.
“Kalau Husam tak mahu keluar, PAS tiada masalah, namun
dia (Husam) perlu kembali kepada PAS.
“Seperti orang bercerai, dia hanya berpisah rumah
ketika bercerai dan sekiranya mereka kembali rujuk, mereka boleh tinggal
bersama-sama semula,” katanya.

— Berita Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel