Connect with us

Berita Lain

Yusof Azmi Tidak Patah Semangat, Kembali Beraksi Seperti Biasa



DI sebalik isu tahanan remannya oleh
pihak mahkamah, ia tampak tidak sedikit pun mematahkan semangat perjuangan
Yusof Azmi apabila kembali memperjuangkan isu-isu kepenggunaan tanpa gentar.

Tampil berserban memperjuangkan nasib
pihak yang tertindas, Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) Persatuan Pengguna
Islam Malaysia (PPIM) ini bersama pengadu terus melakukan ‘lawatan’ di ibu
pejabat syarikat Chevron Malaysia Limited (Caltex) di Pusat Bandar Damansara
hari ini.
Perjumpaan yang di lakukan itu adalah
sebagai mendapatkan jawapan dan maklumbalas kembali mengenai isu penganiayaan
pengusaha minyak yang diarahkan tutup tanpa sebab munasabah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ia merupakan perjumpaan kali kedua
pihak PPIM terhadap Chevron namun kami difahamkan, masih tiada jawapan bernas
yang diberikan oleh syaikat minyak gergasi antarabangsa tersebut.
Turut kelihatan di dalam serbuan itu,
Ketua Unit Tindakan Khas PPIM, Ali Salimin dan salah seorang mangsa yang
ditamatkan kontrak operasi, Fadzilah Abdul Hamid.
Difahamkan, pelbagai usaha telah dilakukan oleh mangsa untuk
mengajak pentadbiran tertinggi syarikat tersebut ke meja rundingan namun
seringkali ditolak tanpa alasan kukuh oleh pihak ataupun dengan pelbagai
alasan.
Mangsa juga mendakwa pihak Chevron seakan ‘gengster besar’
tidak mahu memulangkan semula wang deposit pembukaan stesen minyak.
Seperti yang diketahui, pendedahan yang dilakukan Yusof
semakin mendapat perhatian apatah lagi perjuangan radikanya berjaya mengangkat
isu pengguna.
Menyertai PPIM enam tahun lalu, bapa kepada enam cahaya mata
ini semakin mendapat nama apabila berjaya menyelesaikan beberapa isu besar
membabitkan syarikat pajakan kenderaan, memperjuangkan nasib pemilik stesen
minyak dan terbaharu membabit isu penipuan pembelian rumah.
Namun, perjuangan Yusuf lebih awal daripada itu apabila giat
membela nasib peminjam ceti haram dan kes penipuan telefon.
Semalam, Yusof Azmi bersama Ali Salimin dibebaskan dengan ikat
jamin sebanyak RM5,000 setiap seorang oleh Mahkamah berikutan didakwa
menceroboh premis syarikat pajak gadai kereta, AGR Auto Trade Sdn. Bhd. pada
Julai lalu.
Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di hadapan stor
syarikat berkenaan di Lot 1926A, Sungai Sikamat, Jalan Cheras Batu 13, di sini
dan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, kedua mereka boleh dihukum penjara
maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Begitu berat ujian dan halangan yang dihadapi oleh “hero”
pengguna ini biarpun memperjuangkan hak pengguna yang tertindas. Usah gentar
dan teruskan melakukan apa yang difikirkan benar! 



— MYNEWSHUB.CC

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel