PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi hari ini menggariskan empat langkah ke hadapan bagi membendung
gejala sosial termasuk usaha menubuhkan Institut Penyelidikan Sosio-Ekonomi.

Selain itu, katanya Institut Kajian Etnik, KITA-Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) akan dinaik taraf.

Beliau berkata kedua-dua entiti itu akan memainkan peranan
besar dalam mengkaji dan menilai keberkesanan dasar dan program kerajaan serta
menyelaras pendidikan sosio ekonomi negara.

“Kita kena komited dan tidak boleh menoleh ke belakang dalam
menangani kebejatan sosial di negara ini.

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
“Kita mesti mempertingkatkan pendidikan agama tanpa mengira
agama kerana tiada agama mengajar ke arah kemusnahan sebaliknya mewujudkan
pembangunan sahsiah, “ katanya pada sesi Town Hall (sesi dialog) Majlis Sosial
Negara ‘Menangani Kebejatan Sosial Cegah Sebelum Parah’ di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata langkah
ke hadapan yang lain termasuk meningkatkan pendidikan agama, memperkasakan
institusi keluarga dan masyarakat dan penerapan nilai-nilai murni dalam
masyarakat.

“Kita berharap ibu bapa menerapkan nilai-nilai agama
masing-masing dalam diri anak. Ibu bapa yang terdidik dengan agama pasti akan
mendidik anak-anak taat kepada agama,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata usaha bersepadu perlu
diambil untuk memastikan pelajar-pelajar di negara ini bebas daripada isu buli.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, sebanyak 2,322
kes buli dilaporkan sejak 2012 hingga Jun tahun ini.

“Kerajaan tidak akan tutup mata dan minda dalam menangani
masalah buli. Ini adalah komitmen peribadi saya bagi memastikan permasalahan
ini dapat diselesaikan,” katanya.

Dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah, Ahmad Zahid
berkata kerjasama semua pihak perlu diperkasakan bagi memastikan isu tersebut
dapat dibanteras.

“Gejala dadah masih berlaku dan ini tidak boleh diletakkan
pada bahu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) atau satu pihak semata-mata malah
ia perlu digalas semua pihak,” katanya.

Beliau berkata jumlah penagih yang dikesan pada tahun lepas
ialah 30,844 di mana 22,903 kes baharu dilaporkan pada tahun lepas manakala
7,921 merupakan kes berulang.

Ahmad Zahid berkata sesi dialog hari ini ini merupakan
manifestasi yang jelas bagi memenuhi aspirasi penglibatan masyarakat dalam
pembentukan persekitaran sosial yang lebih harmoni.

Beliau berkata segala pandangan, idea dan kritikan berkaitan
masalah sosial akan diserahkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan
Perdana Menteri dan akan dibentangkan pada sesi dialog 2.0 dalam tempoh 90 hari
akan datang. – Bernama