Saturday, November 15, 2025

Isu Tiket Final: SPRM ‘Temu Bual’ KFA Hari Ini

November 1, 2017
1 min read

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sudah memberi
penerangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah berhubung
dakwaan segelintir penyokong mengenai kegagalan mereka menguruskan penjualan
tiket final Piala Malaysia 2017.
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk KFA,
Shaharol Niza Omar mengesahkan pihaknya dikunjungi beberapa pegawai SPRM yang
melakukan siasatan awal mengenai laporan yang dibuat kelab penyokong dan KFA
menjelaskan pertemuan hampir dua jam itu berlangsung dengan baik.
“Ketika pegawai SPRM datang ke pejabat ini, kami sedang
menguruskan pengagihan tiket untuk tempahan membabitkan 400 bas dan SPRM turut
menyaksikan sendiri agihan tiket dan senarai tempahan yang dibuat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Malah, SPRM juga turut menjelaskan bahawa agihan tiket
perlawanan akhir adalah termaktub kepada KFA dan kami tidak melanggar sebarang
polisi memandangkan kami tidak terikat dengan apa-apa polisi yang menyatakan
mengenai jumlah tiket yang perlu dijual di kaunter.
“Harus diingat, tempahan untuk 400 bas itu juga adalah
untuk penyokong Kedah bukannya untuk orang asing ataupun ulat.
Bakinya baru dijual di kaunter jadi dua bentuk agihan itu
tetap sampai kepada penyokong Kedah,” katanya ketika ditemui di pejabat
KFA, sebentar tadi.
Sementara itu, SPRM Kedah mengesahkan pihaknya menghantar
beberapa pegawai ke pejabat KFA selepas mendapat laporan mengenai kelemahan
pengagihan tiket perlawanan akhir antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT),
Sabtu ini.
Bagaimanapun, sumber SPRM Kedah menjelaskan ia adalah lebih
kepada siasatan awal membabitkan dakwaan kelab penyokong yang membuat laporan
itu dengan beberapa pegawai itu tiba di pejabat KFA kira kira jam 1.30 tengah
hari tadi.
“Kami mendapatkan penjelasan daripada pihak terbabit
selepas mendapat beberapa laporan terhadap KFA mengenai pengagihan kuota tiket
sehingga mencetuskan kekecohan di Stadium Darul Aman.
“Namun, tiada apa yang boleh kami berikan buat masa ini
kerana ia masih di peringkat awal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu, Persatuan Penyokong Lang Merah (LMFA) bercadang
untuk membuat satu laporan kepada SPRM berhubung kelemahan sistem penjualan
tiket final Piala Malaysia antara Kedah dan JDT yang dijadualkan berlangsung di
Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Pengerusi LMFA, Wan Syazwan Wan Fadzelah berkata, pihaknya
amat kecewa dengan kegagalan KFA menguruskan pembahagian tiket hingga
mengakibatkan berlakunya beberapa insiden kekecohan di perkarangan Stadium
Darul Aman, Alor Star, Kedah, hari ini.

– Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti