Saturday, November 15, 2025

Honda City Dipandu Warga Emas Rempuh Rumah

November 2, 2017
1 min read

MELAKA TENGAH –  Dua
penghuni rumah yang sedang menonton televisyen terselamat dari dirempuh sebuah
kereta Honda City yang dipandu seorang warga emas di Taman Ozana Impian, di
sini, pagi tadi.
Dalam kejadian lebih kurang jam 9.30 pagi, mangsa yang hanya
dikenali sebagai Anwar,30 berkata, ketika kejadian dia bersama lima orang ahli
keluarganya berada dalam rumah termasuk ibu dan adiknya yang sedang menonton
televisyen.
Menurutnya, dia kemudian terkejut mendengar dentuman kuat
dari arah depan rumah sebelum melihat sebuah kereta merempuh tembok depan rumah
mereka yang didiami sejak 10 tahun lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, dia dan ahli keluarga yang lain segera keluar rumah
melalui pintu belakang dan mendapati seorang warga emas lelaki tersepit dalam
kenderaan itu.
“Terkejut juga tiba-tiba terdengar bunyi kuat dan tidak
sangka rumah kami dirempuh sebuah kereta.
“Nasib baik kami tak mengalami sebarang kecederaan nak
lagi mak dan adik ketika itu menonton televisyen hanya beberapa meter dari
tempat kejadian,” katanya.
Tambahnya, rumah yang baru setahun diubah suai itu
dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM12,000 termasuk pintu pagar elektrik
yang turut tercabut dan rosak.

Dalam pada itu, jentera bomba dari Balai Bomba Bukit Katil
yang diketuai Komander PBK II, Abd Rahim Ismail dikejarkan ke tempat kejadian
bagi melakukan operasi menyelamat.

Mangsa berusia 60 tahun berjaya dikeluarkan pasukan bomba
dan dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.



– Sinar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Dua Pelancong Maut Lemas di Pantai Cenang, Usaha Orang Awam Gagal Selamatkan Mangsa

LANGKAWI – Kegembiraan sekumpulan pelancong menikmati keindahan Pantai Cenang bertukar tragedi apabila

Misi Selesai: Helikopter Bomba Bawa Turun Jenazah Mustaqqeem Dari Gunung Liang Petang Tadi

IPOH: Jenazah Mustaqqeem Mansoor yang ditemukan di Gunung Liang, dekat Tanjong Malim