Categories: Berita Lain

Lelaki Dibelasah Anak Sendiri Disahkan Meninggal Dunia


JITRA: Lelaki warga emas yang parah dicederakan
anak kandungnya di Kampung Baru Sri Muda, dekat Sungai Korok, di sini, semalam
disahkan meninggal dunia awal pagi.
Mohd Tarmizi Abdul Hamid, 67, meninggal dunia jam 1
pagi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini,
kira-kira 14 jam selepas dibelasah anak lelakinya menggunakan gergaji dan alat
penimbang.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd
Ismail Ibrahim, mengesahkan perkara itu selepas menerima makluman mengenai kematian
mangsa daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma HSB.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jenazah mangsa kini sedang menjalani proses
bedah siasat dan kes kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
kerana membunuh,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, seorang
lelaki berusia 28 tahun yang juga penagih, ditahan polis selepas mencederakan
ibu dan bapanya menggunakan senjata tajam, menyebabkan kedua-dua mangsa parah.
Hasil ujian saringan awal air kencing kemudian
mengesahkan suspek positif dadah jenis ganja.
Polis turut merampas barangan yang dipercayai
digunakan suspek dalam kejadian itu termasuk gergaji dan alat penimbang air
untuk membantu siasatan.
Sementara itu, seorang lagi mangsa yang cedera
dalam kejadian itu masih dirawat di HSB akibat kecederaan yang dialami.

Berita Harian

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

11 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

12 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago