Categories: Berita Lain

Polis Siasat 10 Kes Jenayah ‘Datuk Seri’ Tidak Didakwa


BUKIT KAYU HITAM: Polis menyiasat mengapa lelaki bergelar
‘Datuk Seri’ yang ditahan susulan kes pukul anggota RELA di ibu negara, sebelum
ini tidak pernah didakwa sedangkan memiliki 10 kes jenayah lampau.
Justeru, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid
Ibrahim, berkata pihaknya akan menggunakan tempoh tahanan reman yang
dikeluarkan ke atas lelaki berusia 29 tahun itu ketika ini untuk meneliti semua
fail yang dikaitkan dengan suspek.
“Kita akan dapatkan maklumat terperinci melalui
siasatan lanjut membabitkan kes jenayah yang dilakukan lelaki itu sejak 2009,
suspek kini ditahan reman berhubung kes pukul serta penyalahgunaan dadah dan
polis akan menggunakan kesempatan itu bagi menyiasat semua 10 kes lampau
itu,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meninjau operasi
Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam
yang baharu di sini.
Sebelum ini, media melaporkan suspek bergelar Datuk Seri
yang kini ditahan reman atas dakwaan memukul tiga anggota RELA, terbabit dalam
pelbagai kes jenayah serius antaranya rompakan dan penyalahgunaan dadah, lapor BH Online.
Lelaki terbabit juga pernah ditahan pada 2013 mengikut
Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dengan
kesalahan berkaitan senjata berbahaya.
Noor Rashid berkata banyak kemungkinan menyebabkan lelaki
itu tidak didakwa atas kes jenayah lampau yang dilakukan termasuklah faktor
kekurangan bukti dan maklumat, atau waran tangkap tidak diserahkan kepada
suspek.
“Siasatan (ke atas 10 kes lampau) akan dilakukan Bukit
Aman, tetapi kita belum kenal pasti di mana kes jenayah itu dilakukan.
“Apa pun kita kena melihat setiap kes yang dikenakan ke
atasnya, selain mendapatkan maklumat mengapa suspek itu tidak didakwa sebelum
ini,” katanya.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

13 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

14 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago