Saturday, November 08, 2025

Kanak-Kanak Perempuan Setahun Dipercayai Dibunuh

November 3, 2017
1 min read
Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami lebam dan koyakan di kepala. – Gambar Hiasan

HULU SELANGOR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun
ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala di rumahnya di pangsapuri
Widuri, Bukit Beruntung, dekat sini, semalam.
Kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri
dan ditutupi dengan kain selimut, oleh ibu bapanya ketika pulang dari kerja.
Mangsa kemudian dibawa ke sebuah klinik pada jam 12.40
tengah malam dan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh berikutan kecederaan teruk,
namun disahkan sudah meninggal dunia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak
Phai, berkata hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami lebam dan koyakan
di kepala.
“Kesan lebam disyaki akibat hentakan pada kepala dan
bukan disebabkan jatuh dari buaian.
“Susulan itu, ibu bapa mangsa, berusia 21 tahun dan 29
tahun ditahan pada jam 3 petang hari sama bagi membantu siasatan,” katanya
dalam satu kenyataan, hari ini.
Difahamkan, mangsa tinggal di rumah terbabit bersama ibu
bapanya, seorang abang berusia dua tahun, datuk dan beberapa kanak-kanak lain.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
kerana membunuh dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca
sebenar kejadian.

– BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Model Rusia Buat Laporan Polis, Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Lucah Ketika Live

KUALA LUMPUR – Seorang model warga Rusia, Alice Kasimova, tampil membuat laporan

Namewee Disiasat Kes Bunuh Pempengaruh Taiwan Ditemui Mati di Hotel Jalan Conlay

KUALA LUMPUR – Polis kini mengklasifikasikan semula kematian seorang pempengaruh wanita warga