Saturday, November 08, 2025

Teksi ‘Sembelih’ Penumpang, RM160 Untuk Perjalanan Kurang 10 Kilometer

November 3, 2017
1 min read

SEORANG pemandu teksi ditahan pegawai Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD) selepas didapati mengenakan tambang tidak
munasabah terhadap penumpang kelmarin.
Pemandu teksi berusia 30-an itu didapati memaksa penumpang
warga Myanmar membayar tambang sebanyak RM160 bagi perjalanan kurang 10
kilometer.
Difahamkan caj melampau itu dikenakan selepas pemandu teksi
terbabit menghantar mangsa dari Jalan Bukit Petaling ke Kota Raya di sini.
Mangsa bagaimanapun bertindak membuat aduan kepada pihak
SPAD di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Jurucakap SPAD berkata, pihaknya kemudian menjalankan
siasatan dan berjaya mengesan pemandu teksi terbabit berada di sekitar TBS.
“SPAD kemudian menahan dan mengambil keterangan dari
pemandu teksi itu.
“Pemandu teksi itu kemudian mendakwa hanya meminta caj
tambang sebanyak RM100 daripada mangsa,” katanya.
Menurutnya, teksi model Proton Saga BLM yang digunakan
pemandu terbabit kemudian disita bagi tujuan siasatan mengikut Akta
Pengangkutan  Awam Darat 2010 dan notis 80
akta sama atas kesalahan tidak menggunakan meter tambang.
Dalam kejadian 6 Oktober lalu, seorang pemandu teksi turut
ditahan SPAD selepas memaksa dua penumpang membayar tambang RM950 bagi jarak
perjalanan kurang 10 kilometer dari KL Sentral ke Setapak di sini.



– my Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti