Saturday, November 15, 2025

TMJ Umum 1000 Tiket Tambahan Dan Akan Bagi Percuma Kepada Penyokong Kedah, Turut Dedah Ada ‘Ugutan’ Orang Politik

November 3, 2017
4 mins read

Selepas berlaku beberapa kekecohan berhubung penjualan tiket kepada penyokong pasukan Kedah, hari ini Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),YAM Mejar
Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengumumkan akan
menambah 1,000 keping lagi tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukan
Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) Sabtu ini.
Baginda menitahkan supaya FMLLP menambah jumlah tiket baru perlawanan
akhir Piala Malaysia itu kerana beliau kesian melihat ribuan penyokong pasukan Kedah
yang teraniaya tidak dapat membeli tiket 
walaupun beratur dan menunggu sehari lebih awal di depan kaunter.
Pihak Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hanya dapat menjual tidak sampai 10,000 keping tiket dikaunter Stadium Darul Aman kerana
mendakwa menerima permohonan daripada 400 rombongan bas menyebabkan ribuan
penyokong yang beratur mengamuk tidak dapat tiket.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya akan menghubungi Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd.
Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ataupun Kevin
Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP untuk bertanyakan sekiranya mempunyai
lebihan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia agar diberikan kepada penyokong
Kedah yang tidak mendapat tiket.”
“Perhubungan antara penyokong Kedah dan penyokong Johor
sekarang ini agak tegang jika dibandingkan dengan sebelum ini. Ia pelik apabila
perkara ini tidak terjadi ketika kepimpinan sebelum ini,” kata TMJ.
Baginda dalam pada itu menempelak Menteri Besar Kedah, Dato’
Seri DiRaja Ahmad Bashah bin Md Hanipah kerana tidak tegas terhadap orang bawahan
yang buat kerja bukan-bukan termasuklah sengaja ingin menegangkan hubungan
kedua pihak demi politik masing-masing.
“Agenda politik tidak boleh ada di dalam bola sepak.
Penyokong Kedah dan penyokong Johor tidak perlu bergaduh antara satu sama lain.
Jika kita bergaduh, inilah yang mereka mahukan. Inilah agenda dan strategi yang
digunakan dari dahulu lagi oleh parti politik iaitu ‘divide and conquer’.”

“Kita semua harus terus bersatu untuk terus
menyingkirkan elemen politik dalam sukan bola sepak. Mereka banyak duit dan
bukan sahaja berkawan dengan wartawan, tetapi mereka juga menggunakan saluran
‘cybertroopers’ dalam media sosial untuk memecahbelahkan rakyat,” tegas
baginda.

Selain memberikan berita gembira buat penyokong Kedah itu
dengan tambahan tiket dan diberi percuma itu, baginda turut membuat beberapa
pendedahan yang amat mengejutkan di mana Tungku Ismail menyifatkan semua
penyokong bola sepak tanah air perlu tahu.
“Baru-baru ini, ada seorang exco persatuan dan orang
dalam persatuan yang menjaga satu ‘group chat’ di mana dalam kumpulan tersebut
terdapat beberapa orang dalam media, personaliti sukan termasuk beberapa exco
FAM sekali.”
 “Mereka ini
bercakap mengenai bola sepak macam pandai sangat, macam dah bertahun-tahun
menguruskan persatuan atau kelab yang maju. Sedangkan semua tiada pencapaian
dan hanya pandai bercakap dan setiap hari mengumpat.”
“Orang seperti ini hanya mengutamakan kepentingan
peribadi. Kalau mereka pandai sangat, saya ingin menjemput orang-orang ini
semua untuk menguruskan bola sepak tanah air. Sesetengah individu-individu ini
pernah berjalan bersebelahan saya.”
“Dia fikir apabila dia bernafas udara yang sama dengan
saya, dia adalah segala-galanya. Sedih ia sebenarnya tidak sama sekali. Saya
akan dedahkan nama-nama ini ketika sesi perjumpaan Presiden FAM bersama
penyokong di Kuala Lumpur nanti,” jelas TMJ lagi.
Satu lagi pendedahan yang agak menyedihkan adalah masalah
politik di bawa dalam sukan, mana tidaknya, baginda mendakwa FMLLP telah
menerima ugutan daripada exco Kedah, Dato Aminuddin yang tidak akan menghadiri
perlawanan tersebut jikalau saudara Radhi hadir pada malam itu.
Menurut TMJ, ugutan itu dibuat hanyalah kerana perbezaan
politik kerana lagenda bola sepak Kedah itu adalah penyokong PAS.
“Saya tidak kisah anda sokong PAS atau UMNO, kerana
yang penting bola sepak atau sukan tiada kena mengena dengan politik. Saudara
Radhi berhak untuk bersama dengan penyokong Kedah ketika majlis pembukaan
tersebut di atas pencapaian beliau membantu Kedah menjuarai Piala
Malaysia,” tegas baginda.
Pihak FMLLP sebelum ini telah mencadangkan nama saudara
Radhi Mat Din untuk dijemput ke perlawanan akhir itu kerana beliau merupakan
seorang lagenda dan bekas ketua pasukan bola sepak Kedah yang juga pemenang
Piala Malaysia sebelum ini.
Menurut TMJ lagi, individu-individu yang sama juga merupakan
dalang yang menyuruh FAM menanggung sendiri kos jika mahu mengadakan mesyuarat
exco FAM di Kedah.
“Ia seolah-olah tidak bersetuju untuk FAM ke Kedah dan
memberi peluang kepada saya untuk bertemu dengan penyokong bola sepak di Kedah
yang saya hormati. Sedangkan sebelum ini, mesyuarat exco yang diadakan di Sabah
dan Terengganu, Sabah membayar semua kos dan begitu juga dengan Terengganu
turut menanggung kos tersebut kerana ini adalah satu kerjasama dimana bola
sepak adalah hak milik rakyat dan kami bersama-semua negeri bergabung untuk
membangunkan bola sepak tanah air.”
“Orang yang ada sikap kepentingan peribadi atau agenda
politik tidak patut berada dalam bola sepak. ” jelas TMJ dalam siri
pendedahan itu.
Pendedahan yang terakhir, baginda menyatakan ramai individu
dalam FAM tidak senang dengannya kerana baginda yang menandatangani cek dan
membuat keputusan berkenaan penaja-penaja.
“Tidak macam dahulu semua orang boleh buat duit. Saya
tiada niat nak menyekat rezeki orang cuma saya hanya menjalankan tanggungjawab
dan amanah yang diberikan kepada saya untuk menjaga duit persatuan.”
“Kalau dahulu, pengacara televisyen yang isterinya
kerja dalam FAM pun boleh pergi bercuti menggunakan bajet FAM. Sekarang ini
minta maaflah tiada lagi sikap ‘cronism’. Ada juga orang di dalam FAM yang
menunggu pasukan kebangsaan kalah, lantas menggesa sesetengah media dan portal
media sosial untuk menghukum Presiden FAM.”
“Ia bertujuan kononnya ingin memberi tekanan kepada
saya dan berharap saya meletak jawatan untuk mereka dapat melakukan
aktiviti-aktiviti tertentu di dalam FAM,” tulis baginda.
Tunku Ismail yang merupkan Tunku Mahkota Johor itu turut
menasihatkan kepada pemuda Umno Kedah supaya menjaga pertuturan mereka.
“Di dalam sukan bola sepak kita sepatutnya bermusuh
hanya di dalam padang sahaja bukan di luar padang. Jangan lupa parti politik
awak dilahirkan dimana, dan belajar hormati Institusi. Apabila menjadi ahli
politik, tugas anda adalah berkhidmat dan menjadi hamba kepada rakyat, bukan
menjadi ahli politik semata-mata untuk kepentingan diri sendiri,” nasihat
baginda mengakhiri siri pendedahan itu. – Malaysian Update


Sumber: FAM/Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Sekolah Agama Dari Ceruk Kampung Jadi Fenomena Bola Sepak Thailand

BANGKOK – Tular di seluruh Thailand, kisah sebuah sekolah agama serba kekurangan

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa