Categories: Berita Lain

Veteran Tentera Ikrar Terus Pertahan Dan Lindungi Dr Mahathir


Persatuan Patriot Kebangsaan menyelar keputusan menarik
balik khidmat pengawal peribadi Unit Tindakan Khas (UTK) kepada bekas perdana
menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menyifatkan keputusan itu tidak bertanggungjawab,
presidennya Brigadier Jeneral (B) Datuk Mohd Arshad Raji berkata pihaknya
berikrar akan terus “mempertahankan dan melindungi” bekas perdana
menteri itu.

“Kita tidak boleh jadi patriot kepada bangsa ini jika
tidak bersimpati dengan pemimpin negara yang telah berkhidmat kepada rakyat,
negara dan Raja-Raja,” katanya dalam satu kenyataan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Keputusan menarik balik pengawal peribadi Mahathir Rabu lalu
adalah langkah terbaru dikenakan terhadap negarawan itu sejak beliau menjadi
pengkritik kerajaan dan pengerusi gabungan parti pembangkang.
Sebelum ini, kontrak tukang masak dan pembantu pejabatnya
juga ditamatkan, manakala khidmat polis pengiring juga ditarik balik.

Mohd Arshad berkata keputusan itu adalah “amatur, tidak
bertanggungjawab, tidak bermaruah serta merendahkan” bekas pemimpin yang
telah memimpin negara selama 22 tahun dan membawa banyak kemajuan ekonomi
kepada negara.

“Para pemimpin dunia memberi perhatian yang tinggi
kepada beliau dan Malaysia pernah mendapat penghormatan semasa kepimpinannya.
Semasa kemelesetan global 1998, tindakan Mahathir menyelamatkan ekonomi kita.
“Tidak kira apa pun beliau hari ini, beliau pastinya
tidak berhak menerima layanan yang tidak bertanggungjawab seperti itu oleh
kerajaan,” kata Mohd Arshad.

Katanya, anggota persatuan bekas tentera itu akan
menyalahkan kepimpinan negara sepenuhnya sekiranya sesuatu tidak diingini
berlaku kepada Mahathir.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago