Saturday, November 08, 2025

Gambar Dr Mahathir Peluk 2 Individu Tiada Kaitan Khidmat Pengawal Peribadi Ditarik

November 4, 2017
1 min read

KUALA LUMPUR: Gambar Tun Dr Mahathir Mohamad memeluk 2
individu dipercayai bekas pengawal peribadinya dari Unit Tindakan Khas (UTK)
diambil tahun lalu dan tiada kaitan dengan tindakan kerajaan menarik balik
khidmat itu Rabu lalu, kata Khairy Jamaluddin.

“Kita kena kecam ‘fake news’ seperti ini, berita palsu
seperti ini mesti kita tunjuk sebagai contoh.

“Gambar Tun Mahathir peluk 2, 3 orang kononnya mereka
pengawal peribadi mesti kita kecam,” kata ketua Pemuda Umno itu pada Konvensyen
Media Sosial Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menteri belia dan sukan itu berkata, tentera siber Umno
perlu memeriksa kesahihan gambar tersebut dalam usaha menangkis tohmahan yang
dilemparkan kepada kerajaan.

“Dari mana sumber berita ini? Dengan berita pengawal
peribadi ditarik perkhidmatan oleh kerajaan Malaysia, mereka kata kerajaan
zalim, (kerana) beliau (ialah) bekas perdana menteri.

“Sedangkan gambar itu dari tahun lepas yang tiada
kena-mengena dengan UTK. Tapi tiada siapa tanya ini sumber mana, gambar juga
tidak ada tarikh,” kata ahli Parlimen Rembau itu di depan 3,000 tentera siber
Umno.

Gambar Dr Mahathir memeluk 2 individu, tular di media sosial
selepas kerajaan mengumumkan penarikan balik khidmat pengawal peribadi UTK
bekas perdana menteri itu, Rabu lalu, lapor FMT.

Kerajaan turut menamatkan kontrak tukang masak dan pembantu
rumah di pejabat Dr Mahathir.

Tahun lalu, khidmat polis trafik mengiringi perjalanan Dr
Mahathir ditamatkan dengan alasan beliau menyertai perhimpunan melanggar
undang-undang.

Dr Mahathir yang mentadbir negara dari 1981 hingga 2003,
merupakan perdana menteri Malaysia paling lama berkhidmat. Beliau keluar Umno
tahun lalu dan kini ialah pengerusi Pakatan Harapan.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, tentera siber Umno boleh
menggunakan media arus perdana untuk menyampaikan maklumat sebenar bagi
mematahkan hujah lawan.

“Dalam perkembangan terkini, media sosial memang popular.
Kalau boleh nak sampaikan maklumat guna sumber sahih, guna Facebook, Instagram
dan sebagainya, tetapi rujuk artikel ini dari media yang sah. Kita kembalikan
kesahihan media arus perdana.
“Ini cara kita kembalikan kewibawaan dan kredibiliti media
arus perdana. Ini sudah berlaku di seluruh dunia, pengguna media sosial tidak
lagi percaya bulat-bulat (maklumat di media sosial) tapi rujuk kepada sumber
(sahih).”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa

PU Rahmat Mohon Maaf Isu Gurauan “Sama-Sama Banduan”, Puji Sikap Humoris PMX

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat menjadi perhatian