Saturday, November 08, 2025

Shamsubahrin Tahan Anak Khayal Ambil Dadah Bersama Lelaki Afrika

November 4, 2017
1 min read
Shamsubahrin sedih menemui anak gadisnya “kurus dan
cengkung” dipercayai akibat dadah, lapor Harian Metro. – Foto: EKELEH Blog
KUALA LUMPUR, 4 Nov ― Datuk Shamsubahrin Ismail berjaya menahan
anaknya dalam keadaan khayal bersama lelaki warga Afrika di sini kelmarin.
Dibantu rakan dan penyiasat persendirian, ahli perniagaan
itu menahan anaknya, 20 tahun, yang disyaki menjadi “duta kelab” atau pelayan
pusat hiburan.
Shamsubahrin, 50, sedih menemui anak gadisnya yang dicari
sejak empat bulan lalu “kurus dan cengkung” dipercayai akibat dadah, lapor
myMetro.
Beliau mencekup anaknya, yang cuba melarikan diri, di sebuah
pusat membeli belah di Bukit Bintang antara jam 10 malam hingga 12 tengah malam
Khamis.
Keputusan itu terpaksa diambil kerana khuatir anaknya
“dijadikan keldai dadah atau di penghujung pertemuan kami nanti adalah di tali
gantung.”

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Shamsubahrin juga berkata lelaki Afrika terbabit, yang
mengambil telefon bimbit anaknya, turut ditahan polis selepas cuba melarikan
diri.
Anaknya itu, yang ketiga, dihantar ke sebuah pusat pemulihan
dadah kira-kira 1 pagi Jumaat walaupun pada awalnya gadis itu enggan mengikut
bersamanya.
“… saya tidak peduli kerana tidak mahu menangis di kemudian
hari kerana terpaksa melihat anak gadis sendiri berada di tali gantung kerana
mengedar dadah,” katanya, yang aktif dalam membela nasib pemandu teksi.
Polis daerah Dang Wangi menyiasat lelaki warga asing itu
bawah Seksyen 6 Akta Imigresen kerana masuk dan tinggal di negara ini secara
haram.
Ogos lalu, Shamsubahrin dilaporkan tidak mempedulikan
kecaman ramai selepas mendedahkan isu anaknya itu kepada media.
“Saya tahu ramai mengecam tindakan saya mendedahkan perilaku
anak sendiri yang dikatakan memalukan ini namun sudah lama saya memberi peluang
kepada dia, tetapi tidak diendahkan,” katanya.
“…. saya tidak peduli kerana demi anak gadis Islam di negara
ini saya sanggup berjuang habis-habisan melawan maksiat.”

Anaknya, tidak dinamakan, meninggalkan rumah pada 29 Julai
lalu dengan seorang wanita yang kemudian menyerahkan kepada ejen untuk menjadi
“duta kelab”.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti