Saturday, November 15, 2025

Dr Mahathir Ada Isu Dengan Najib Bukan Negara Kenapa Pengawal Ditarik, Soal Mahfuz

November 5, 2017
1 min read

Kuala Lumpur – Pemimpin Pakatan Harapan hari ini
membidas polis dan kerajaan kerana menarik balik pengawal peribadi bekas
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Datuk Zaid Ibrahim berkata polis dan perdana menteri
sepatutnya menunjukkan penghormatan pada Dr Mahathir.
“Tindakan yang jengkel dan tidak patut sama sekali…tetapi
tidak apa, rakyat pula yang akan menjaga beliau,” katanya lapor FMT.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sementara itu, Ketua Setiausaha PH Datuk Saifuddin Abdullah
berkata di negara-negara demokrasi yang utuh, bekas pemimpin, sama ada perdana
menteri atau presiden, diberi status rasmi dan keistimewaan seperti sebuah
pejabat dan ciri-ciri keselamatan.
“Menarik balik perkhidmatan pengawal peribadi menunjukkan
demokrasi kita sangat koman,” katanya.
Zaid dan Saifuddin mengulas laporan hari ini yang melaporkan
polis menarik balik pengawal peribadi yang disediakan untuk keselamatan Dr
Mahathir oleh Unit Tindakan Khas (UTK).
Penarikan balik itu setahun selepas Putrajaya menamatkan
kontrak tukang masak dan pembantu pejabat Dr Mahathir.
Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar turut menyentuh isu itu
di Parlimen pada perbahasan Bajet 2018 semalam berkata, khidmat itu tidak
sepatutnya ditarik balik kerana Dr Mahathir pernah berkhidmat kepada negara
sebagai perdana menteri dan khidmat itu adalah keistimewaan yang diberikan
kepada semua bekas pemimpin tertinggi negara.
“Hari ini, tiada lagi UTK. Hanya anggota polis yang
bertindak sebagai pengawal peribadinya dikekalkan. Adakah ini dibuat kerana
dendam politik?” soal Mahfuz.
“Dr Mahathir hanya ada isu dengan Barisan Nasional dan
(perdana menteri) Najib Razak, bukan negara. Tanpa sebarang perlindungan yang
sepatutnya beliau dapat, Dr Mahathir kini terdedah kepada ancaman,” kata Mahfuz
lapor The Malaysian Insight.
Dr Mahathir, yang memimpin negara dari 1981 hingga 2003,
merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat.
Ahli Parlimen DAP Charles Santiago berkata perkhidmatan sama
yang diberikan kepada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, atau
lebih dikenali sebagai Pak Lah, juga perlu diberikan kepada Dr Mahathir.

“Kalau perkhidmatan diberi kepada Pak Lah, maka ia perlu
diberi kepada Dr Mahathir,” katanya lapor FMT lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa

PU Rahmat Mohon Maaf Isu Gurauan “Sama-Sama Banduan”, Puji Sikap Humoris PMX

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat menjadi perhatian