Sunday, November 16, 2025

Saya Tak Malu Pun Ambil SPM Sampai Tiga Kali, Saya Mahu Majukan Diri

November 7, 2017
1 min read

Kuala Lumpur: Tidak pernah mengenal erti putus asa biarpun
serba kekurangan. Itu semangat gigih yang dapat dilihat pada  seorang penghidap Cerebral Palsy (CP) Mohd
Saad Abizal, 34, yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi
subjek Bahasa Melayu, kali ketiga semalam.
“Keputusan SPM saya pada tahun 2000, kurang memberangsangkan
cuma lulus cukup makan saja. Namun, apabila syarat kenaikan pangkat memerlukan
kredit dalam Bahasa Melayu, saya tiada pilihan selain mengambil semula
peperiksaan itu.
Menurut lelaki ini, dia sanggup membuang perasaan malu
mengulangi SPM berikutan mahu memperoleh kelulusan dengan kredit bagi subjek
berkenaan untuk melayakkannya dinaikkan pangkat daripada pembantu operasi
kepada kerani di sebuah agensi kerajaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ini kali ketiga saya mengulangi kertas Bahasa Melayu
selepas dua kali percubaan saya hanya sekadar lulus tanpa kredit,” katanya.
Dia merupakan satu-satunya calon persendirian yang mengambil
Bahasa Melayu Kertas 1 di Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan)
Setapak di sini, semalam.
Mohd Saad berkata, tindakannya mengambil peperiksaan itu
selama tiga kali didorong ibu dan bapanya selepas menyedari hanya pendidikan
boleh mengubah nasib mereka sekeluarga.
“Selain sibuk dengan tugasan di pejabat pada siang hari,
saya juga menjual ikan pada waktu malam bagi menambah pendapatan.
“Walaupun pergerakan terbatas kerana kaki cacat manakala
pertuturan kurang jelas, saya tidak mahu terus selesa dalam keadaan sekarang
sebaliknya memajukan diri seperti insan normal lain.
“Selain syarat kenaikan pangkat, saya juga mahu menggunakan
keputusan peperiksaan itu untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi
selepas ini,” katanya yang mahu menjadi pensyarah.
“Selepas tamat waktu kerja, saya meluangkan masa kira-kira
tiga jam sehari untuk mengulang kaji pelajaran dengan bantuan buku rujukan
mahupun Internet,”
Kali ini dia membuat persediaan lebih awal dan rapi bagi
memastikan mampu mencapai keputusan cemerlang yang dimahukan, katanya.

– Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti