Sunday, November 16, 2025

[VIDEO] Shafie ‘Mengamuk’ Dedah Beberapa Perkara Di Parlimen

November 7, 2017
1 min read

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk
Seri Mohd Shafie Apdal, membuat beberapa pendedahan panas berhubung kemelut
yang melanda Sabah yang kononya dikaitkan dengan beliau.
Jelasnya, ‘orang lain yang dapat projek, namun nama beliau
yang terpalit secara negatif’.
“Tohmahan kononnya syarikat proksi Shafie Apdal
mendapat 20 peratus…”

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tender dibuka tetapi yang dapat projek anak buah
kepada pemimpin lain,” katanya, di Dewan Rakyat hari ini, yang turut
menyebut seorang nama pemimpin Umno yang turut menjadi konsultan bagi projek
Pan Borneo.
Beliau berkata demikian merujuk kepada projek loji di Sungai
Intan, Semporna Sabah.
Justeru katanya, adalah tidak adil menuduh beliau dengan
gambaran yang negatif.
Dalam pada itu katanya, ketika beliau menjawat jawatan
sebagai Menteri Kabinet, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui
bahawa prestasi beliau berada pada tahap terbaik.
“Semasa saya menjadi Menteri, PM rakamkan ucapan
tahniah, KPI saya berada pada tahap terbaik iaitu 106 peratus.
“Misalnya unjuran jalan hanya 10KM tetapi berjaya
dibina 15KM, begitu juga pembinaan rumah PPRT, kami berjaya bina 16 unit, iaitu
melebihi 10 unit yang diperuntukkan,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat
hari ini.
Justeru besar harapannya agar perubahan pemerintahan berlaku
pada masa hadapan.
“Saya harapkan agar perubahan kerajaan berlaku pada
masa mendatang,” katanya.
Mohd Shafie, yang digantung keahliannya daripada Umno,
mengumumkan keluar daripada parti itu pada Julai lalu sebelum menjadi presiden
Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diambil alih dan dijenamakan semula.
Beliau yang juga merupakan bekas Menteri Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah Malaysia berkhidmat pada tahun 2009 – 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa

PU Rahmat Mohon Maaf Isu Gurauan “Sama-Sama Banduan”, Puji Sikap Humoris PMX

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat menjadi perhatian