Saturday, November 15, 2025

3 Sekeluarga Dicekup Kerana Jadikan Rumah Mewah Makmal Proses Syabu

November 8, 2017
1 min read

Klang: Tindakan licik tiga sekeluarga menjadikan sebuah
rumah mewah di Bandar Botanic di sini, sebagai makmal mini memproses syabu
terbongkar apabila mereka dicekup bersama dua rakan jenayah lain, 2 November
lalu.
Difahamkan semua suspek termasuk bapa, anak dan menantu
perempuan berusia 18 hingga 53 tahun itu menyewa rumah teres tiga tingkat
dengan bayaran RM2,000 sebulan.
Mereka hanya menjadikan kediaman elit itu sebagai markas
memproses dadah yang dipercayai diedarkan kepada pasaran tempatan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kegiatan haram itu bagaimanapun dihidu pasukan polis dari
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang
Selatan yang menjalankan tiga serbuan di sekitar daerah ini bermula jam 1
tengah hari hingga 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul
Amar Ramli berkata, penahanan kelima-lima suspek warga tempatan termasuk seorang
wanita itu dilakukan menerusi hasil maklumat dan risikan pihaknya.
“Penahanan pertama membabitkan empat individu termasuk
pasangan suami isteri dan bapa mereka di sebuah kedai makan di Pandamaran.
“Ia membawa kepada penahanan seorang lagi suspek di Taman
Sejati dan penemuan sebuah makmal haram memproses dadah di sebuah rumah di
Bandar Botanic pada hari sama,” katanya pada sidang media di pejabatnya di
sini, semalam.
Menurut beliau, selain pelbagai peralatan memproses syabu,
polis merampas 100 gram dadah dan 3.8 kilogram minyak methampethamine (meth
oil) membabitkan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM110,000.

“Kami menyita barangan bernilai RM450,000 membabitkan empat
kereta, empat cincin dan sejumlah wang tunai untuk tindakan lanjut,” katanya
memaklumkan rampasan narkotik terbesar pihaknya tahun ini.
Kata Amar, semua suspek termasuk tiga yang didapati positif
dadah direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya
1952.
“Kami masih menjalankan siasatan lanjut secara menyeluruh
termasuk mengenal pasti punca bekalan bahan untuk memproses dadah itu,”
katanya.

– my Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Pengasas eHATI Didakwa Lari ke Negara Asia Tenggara Sehari Sebelum Pertuduhan

KUALA LUMPUR – Pengasas program eHATI bersama suaminya dipercayai melarikan diri ke

Polis Buka Siasatan Video Pemain Indonesia Hina Anggota URB PDRM

SUBANG JAYA, 11 NOV – Polis membuka kertas siasatan berhubung beberapa video