Categories: Berita Lain

47 Ahli Parlimen Kemuka Petisyen Desak Petronas Tarik Pelaburan Hingga Myanmar Iktiraf Rohingya


KUALA LUMPUR: Seramai 47 ahli Parlimen pembangkang
mengemukakan petisyen kepada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menarik
diri daripada melabur di Myanmar sehingga negara itu mengiktiraf hak etnik
Rohingya.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, pihaknya sudah
menghantar surat kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas,
Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan
perkara itu.

“Petronas mempunyai beberapa pelaburan di Myanmar. Namun,
hanya satu projek sedang mengeluarkan hasil hidrokarbon, iaitu projek lapangan
gas Yetagun di Laut Andaman.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Petronas hanya menyertai projek ini setelah Amerika
Syarikat (AS) menarik diri, dipercayai akibat tekanan kerajaan AS dan pemegang
saham yang berkempen untuk Aung San Suu Kyi,” katanya pada sidang media di luar
Dewan Rakyat hari ini.

Naib presiden PKR itu berkata, projek lapangan gas Yetagun
berbaki 12 tahun lagi kerana sumber gasnya dijangka habis menjelang 2030 dan
pengeluaran gas kini dilaporkan merosot secara mendadak sebanyak 20%.

Malah, projek itu tidak memberi keuntungan besar kepada
Petronas kerana harga gas rendah di pasaran dan tidak diikat kepada kadar
langsung dengan kenaikan harga minyak mentah.

Rafizi berkata, Petronas juga sedang melakukan ujian
menggali telaga minyak dan di fasa penerokaan dan pembangunan setakat hujung
2015.

“Namun, saya belum dapat apa-apa maklumat (mengenai)
blok-blok baru ini menghasilkan minyak atau gas yang mendatangkan hasil kepada
Petronas.
Petronas juga menceburi perniagaan minyak pelincir, namun sumbangan
kepada pendapatan Petronas jauh lebih kecil.”

Katanya, petisyen itu ialah langkah pertama dan ia akan
diteruskan supaya tekanan masyarakat antarabangsa yang bermula dengan kempen di
AS dan Malaysia akan membawa kepada pengiktirafan hak orang Rohingya.

“Kita (Petronas) tidak boleh membawa nama negara dan menjalankan
perniagaan dengan pihak yang negara musuhi. Ia juga bagus untuk Petronas
melakukan perkara ini (hentikan pelaburan di Myanmar).”

Pada 30 Oktober lalu, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau
tetap membangkitkan isu Rohingya kepada Presiden AS, Donald Trump walaupun ia
bukan agenda pertemuan mereka di White House, September lalu.

Perdana menteri memberitahu Dewan Rakyat, sejak Malaysia
menjelaskan isu itu kepada AS melalui pertemuan 2 bulan, Washington sudah
mengumumkan bantuan kemanusiaan berjumlah AS$32 bilion kepada Rohingya.
Lebih 600,000 etnik Rohingya yang merupakan kumpulan
minoriti Islam di Rakhine, melarikan diri daripada serangan tentera Myanmar
sejak akhir Ogos lalu. Mereka lari ke sempadan selatan Bangladesh di mana
krisis pelarian paling pesat di dunia sedang berlaku.

FMT

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

13 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

14 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago