Categories: Berita Lain

Jentera UMNO Jangan Malu Alah Sebar Kejayaan Najib – Annuar


SHAH ALAM, 7 Nov — Jentera penerangan UMNO negeri dinasihat
jangan ‘malu alah’ dalam menyebarkan kejayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak dalam memacu kemajuan negara dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi
global.
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata terdapat
usaha untuk menenggelamkan kejayaan yang dilakar perdana menteri dan presiden
UMNO itu dengan menimbulkan persepsi yang buruk terhadap kepimpinan beliau
dengan menyebarkan pelbagai berita palsu kepada rakyat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ada pihak yang cuba menenggelamkan kisah kejayaan
perdana menteri dan diganti dengan cerita negatif seolah-olah negara hendak
bankrap, rakyat tiada makanan sebab tekanan kos sara hidup seolah-olah kerajaan
tidak berbuat apa-apa sedangkan kita tahu di era Datuk Najib banyak bantuan
subsidi diberi kepada rakyat,” katanya pada sidang akhbar sebelum program
dialog Perjuangan 4All di sini, hari ini.
Tegas beliau: “Jentera penerangan perlu lebih proaktif
dan jangan malu alah dalam bercerita, memberitahu rakyat mengenai kejayaan dan
sumbangan perdana menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir
negara”.
Annuar berkata tidak perlu ada rasa rendah diri dalam
kalangan anggota UMNO untuk bercerita mengenai kejayaan itu.

Kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional antara
kerajaan yang terbaik di rantau ini dalam mengurus ekonomi dan rakyat, katanya.
Mengenai program itu, beliau berkata: “Kita sedia
berkongsi dan tidak akan menyembunyikan apa-apa kebenaran, malah akan berkongsi
segalanya dengan rakyat. UMNO dan BN hadir kerana dipilih rakyat dan akan terus
ada berkhidmat demi mereka.”

Advertisement
– BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago