Saturday, November 08, 2025

MP Rompin Dedah ‘Sesuatu’ Tentang Tun Mahathir

November 8, 2017
1 min read

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hassan Ariffin
mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja membiarkan Umno
diharamkan selepas beliau hampir kalah dengan Tengku Razaleigh Hamzah sewaktu
pemilihan kepimpinan Umno pada 1988 dahulu.
Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah portal, hari ini.
Beliau mendedahkan, tindakan itu sengaja dibuat untuk
mengelakkan pemilihan semula jawatan Presiden Umno antara Mahathir dan Tengku
Razaleigh, yang mana beliau hanya menang tipis sebanyak 43 undi melebihi Tengku
Razaleigh.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Padahal masih ada ruang untuk berbuat sesuatu agar Umno
tidak diharamkan kerana beliau merupakan perdana menteri ketika itu, namun
Mahathir tidak berbuat demikian kerana beliau sememangnya mahu Umno diharamkan
untuk mengelakkan undian semula antara beliau dan Tengku Razaleigh
dilaksanakan,” katanya dalam program Siri Jelajah Penerangan Perjuangan 4All di
sini, malam tadi.
Kata Hassan kesetiaan Mahathir terhadap Umno hanyalah selama
mana parti itu boleh dipergunakan untuk menjayakan agenda politik peribadi
beliau.
“Sebab itu, saya katakan di sini Mahathir hanya
mempergunakan Umno untuk menjadi perdana menteri dan berkuasa. Beliau bukannya
benar-benar berjiwa Umno dan setia pada perjuangan Umno , sebaliknya
memperkudakan Umno untuk kepentingan agenda politik peribadinya.
“Kerana itulah, kita lihat beliau hari ini sanggup
berbuat apa saja sehingga sanggup mengatakan perkara-perkara yang tidak
betul.Terrmasuklah tindakannya bersekongkal dengan DAP yang mana selama 22
tahun beliau secara konsisten mengatakan parti itu adalah parti yang memusuhi
Islam dan orang Melayu,” katanya lagi.
Jelasnya lagi, Mahathir bertindak sebegitu rupa hari ini
kerana beliau sedar Umno  tidak lagi
dapat ditunggangi untuk merealisasikan agenda politik peribadinya.
Dalam program yang sama, Tan Sri Annuar Musa pula
menjelaskan, setelah tertubuhnya Umno baru, maka Mahathir telah bertindak
menyekat seteru-seteru politiknya daripada menyertai Umno baharu itu.
“Ramai di antara ahli-ahli politik yang disekat daripada
menyertai semula Umno baru,” katanya lagi.

Tambah beliau, antara nama-nama besar dan tokoh orang Melayu
yang disekat daripada menyertai Umno semula termasuk Allahyarham Datuk Harun
Idris, bekas Menteri Besar Selangor dulu,” ujarnya.

– Sinar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa

PU Rahmat Mohon Maaf Isu Gurauan “Sama-Sama Banduan”, Puji Sikap Humoris PMX

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat menjadi perhatian