Saturday, November 08, 2025

Polis Belum Panggil Siasat, Kata Tun M

November 8, 2017
1 min read
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad – Foto: TMI



Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad
belum dihubungi pihak polis berhubung kenyataannya yang didakwa menghina
masyarakat Bugis.

“Belum lagi,” katanya ketika ditemui di Pulau
Pinang hari ini.
Bekas perdana menteri itu bulan lalu menggelar Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘lanun Bugis’ yang sepatutnya dihantar
pulang ke Sulawesi.
Kenyataan itu dibuat ketika Mahathir berucap pada
perhimpunan antikleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya, 14 Oktober lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ucapan Mahathir itu dilapor menyinggung masyarakat Bugis
termasuk Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengatakan
Mahathir harus disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghasut.

The Malaysian Insight hari ini melaporkan polis Selangor
akan menyiasat bekas perdana menteri itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat
berkata pihaknya telah membuka dua kertas siasatan berhubung dua kenyataan
dibuat Mahathir yang didakwa menghina masyarakat Bugis.

Mahathir bagaimanapun menegaskan kenyataan beliau hanya
ditujukan kepada Najib dan bukan masyarakat Bugis secara keseluruhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa

PU Rahmat Mohon Maaf Isu Gurauan “Sama-Sama Banduan”, Puji Sikap Humoris PMX

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat menjadi perhatian